Tuesday, February 24, 2015

makan angin di melaka

Assalammualaikum n hye..

Jumaat malam masa cuti hari tu aku ajak asben g jenjalan, siyes..pening kepala aku duduk umah tak ade buat ape.bukan lah bosan mengadap muka suami, cuma tak ada aktiviti yang nak di buat. kami pun putuskan ajak sekali MIL ngn adik ipar ainaa kuar makan roti canai n jenjalan pusing melaka..

kat melaka ni, orang2 nyer suka makan waktu malam dan banyak kedai n warung2 kecik di bukak.kebanyakannya jual roti canai, mee goreng, kat semban ni kedai mamak je jual roti canai malam2.malam tu aku makan mihun sup je sebab aku da kenyang makan nasi sambal sotong siang tu.asben, mil n adik ipar sume order roti canai, yang spesel nyer kan, roti canai dorang bukan cicah kari macam kedai mamak tu, tapi cicah asam pedas n ade jugak cicah kuah kacang, tapi aku suka lagi asam pedas..memang sedap rasanya..dekat melaka ni, apa nak makan semua ada, tapi kena rajin carik..n yang selalu aku peratikan lah, yang warung2 tu la selalu nya masakan nya sedap, yang kedai ala2 pavilion tu macam kurang kick la..ha tu pengalaman aku n tekak aku., lau tekak korang aku tak tahu lah...
lepas je makan2 tu asben bawak kitorang pusing2 bandar melaka, memang sebiji macam driver terlatih asben aku ni, siap ade penerangan lagi.hehehe.
siyesly bandar melaka waktu malam memang hidup dan banyak kereta, terang benderang macam kat keyel tu..seronok aku tengok lampu ngelip2 tu...lepas tu asben aku bawak kitorang g Pirate Park..

Melaka River Pirate Park

Salah satu tarikan terbaru yang boleh dilihat sepanjang Sungai Melaka ialah sebuah taman tema air bernama Melaka River Pirate Park. Tiga tarikan di sini ialah Ferris Wheel yang sekarang terkenal dengan nama Eye On Melaka, Pirate Ship dan Tramboline Bungee. Tarikan terbaru Melaka kini lebih terkenal di kalangan pelancong dan keluarga.










ni la tempat tu, cantik kan waktu malam, ni aku amik kat gugle.aku suka tengok bangunan tu berwarna warni.
aku dan sil yang cantik..macam bollywood kan muka dia.
suka nyer dia...
mentang lah kat pirate park, yang abg buat muka cam lanun tu kenapa, ingat syg takut ke?wekkk
my Mil...pun sama macam pelakon filem hindustan kan, tapi asben aku asal langsung tak ade setitik pun muka cam arjun rampal?konpis konpius...
eye on..nak naik tapi gayat.
paya bakau yang tumbuh subur di bawah jambatan...
ni tempat pejalan kaki..panjang oo..jauh jugak la berjalan.aku takut kayu tu mereput je.
ni pemandangan dari stage, ade pentas tau kat sini.boleh lambai2 dan main tarik2 tangan ngn org yang naik river cruise tu.ok tipu.hahaha
ha, nampak tu mereka2 yang naik river cruise, aku nak naik tapi da malam, da tutup.
Jambatan Datuk Mohd Zin, jambatan ni boleh tukar2 kaler.
ha...ni la lampu2 yang menggamit2 aku untuk ke sini, dari jauh da nampak da, melalak2 la aku suh asben bawak...sekarang da sampai..

malam tu sampai umah dekat 2 pagi, tapi still ramai lagi orang. berdekatan situ ade fun fair, tapi malas aku nak pegi sebab da mengantok sangat2.

No comments:

Post a Comment