Monday, March 23, 2015

posting..

assalammualaikum n hye...

arini result pertukaran di jangka keluar, tapi aku tunggu punya tunggu masih tak keluar lagi, main2 betul la org KPM ni kan...aku da berangan setinggi gunung dah ni, tak sabar nak tinggal berdua dengan hubby, lepas ni kalau ada rezeki ari2 la bergaduh, ari2 la dapat manja.hehhe.yang tak best nya plak ari2 aku kena bangun awal dari dia, sebab nya kami dah buat perjanjian hudaibiyah, hihi..bahawa kami akan melaksanakan langkah2 penjimatan dengan bawak bekal pergi opis.ha! bernas kan idea aku, dat y la aku kena bangun pepagi untuk masak, n my hubby pun setuju.

malam tadi dalam perjalanan nak balik, aku dengan hubby aku set time dari rumah ke sekolah yang bakal aku berkhidmat tu, tolak tambah bahagi darab masuk jem ade la dalam 30 minit, sekali ganda dari sekarang, tapi tak pa lah, aku dah bersedia pun..bersyukur sangat kalau dapat...

aku juga dari sekarang dah bersedia dari segi mental dan emosi jika ditakdirkan belum berjaya. aku percaya setiap apa yang berlaku terselindung hikmah nya.cuma kita aja yang tak nampak kan...aku ok je, dapat aku berbakti kepada mak abah aku, dapat jugak aku urut 2 kaki mak abah aku...mungkin orang yang berjaya tu dah lama dia tunggu untuk bertukar, yang paling kesian yang ada anak suami, terpaksa meninggalkan mereka demi tugas dan mencari sesuap rezeki.aku yang seminggu ni pun tinggalkan usaid tu dah naik sasau, apatah lagi la kalau yang anak kandung tu kan...walau pahit keputusan tu, aku terpaksa terima jugak, takkan aku nak nangis keluar air mata darah plak kot.aku harap sangat suami aku bersabar dalam hubungan jarak jauh ni...aku dah berdoa dan berusaha, selebihnya Allah saja yang menentukan nya.




SELAMAT HARI LAHIR ABAH...WE LOVE U.

Assalammualaikum...

ni nak bagi satu rahsia ni..jagan bagitau sesiapa tau especially abah aku, 28 march ni in syaa allah aku nak seprise kan besday dia...patutnya 15hb ari tu hari ahad, tapi biasalah kan, gaji gomen ni tengah2 bulan dah habis, pulak tu gaji awal masa CNW ari tu, aku harap abah tak kecik hati sebab aku tak buat besday dia tahun ni, tahun2 sebelum ni memang aku buat...

kek pun aku dah tempah, nanti dah siap aku publish ea tunjuk kat korang ( perasan macam la ade orang baca blog ko parina)..aku rancang nak belikan abah wallet, sebab aku tengok wallet dia tu dah nazak sangat dah, aku risau duit syiling dia tercicir...mak aku plak suruh aku belikan abah baju sebab banyak baju dia dah lusuh...in syaa allah ada rezeki aku akan belikan abah dua dua tu....

selain plan nak sambut besday abah ni, aku nak bagi abah surat cinta tau.aku nak tulis yang aku sayang sangat2 kat abah, aku nak ucap terima kasih banyak2 kat dia sebab jaga aku dengan baik, beri kasih sayang dengan cukup...memang kita tak terbalas jasa mereka ni, tapi aku akan buat apa yang termampu, azam aku, selagi tulang 4 kerat aku ni terdaya, selagi aku bernafas kat bumi ni, selama tu lah aku akan penuhi impian mereka, sayang dan jaga kebajikan kedua ibu bapa aku walau aku tak tinggal bersama mereka nanti,aku berharap Allah sentiasa mudahkan urusan aku kalau melibatkan mereka berdua... aku nak tulis surat tu sebab aku segan nak cakap depan....aku nak peluk cium abah, aku nak peluk abah kuat2...aku nak bagitahu satu dunia ni yang aku sayang kan abah sangat2.

abah lah hero pertama dalam hati aku, abah lah lelaki pertama yang aku nampak saat aku di lahirkan, (bukan doktor ea sbb aku lahir kat rumah)..abah la lelaki pertama yang berbual dengan aku...abah lah yang selalu penuhi permintaan aku, yang selalu menasihati aku..

abah, terima kasih atas jasa dan kasih sayang yang telah abah salurkan pada adik, tiada apa yang dapat adik balas untuk menggantikan semua tu, segala pengorbanan abah sejak adik kecil sampai dewasa akan adik ingat, abah banyak berkorban wang , masa dan tenaga masa adik sakit dulu, segala permintaan adik abah tunaikan...abah, adik nampak raut wajah abah sedih, suram & kecewa masa adik sakit tenat dulu...doktor sendiri bagitahu abah yang peluang untuk adik hidup nipis, tapi raut wajah abah nampak tabah dan redha...abah, setiap[ hari adik lawan penyakit adik tu, adik tak nak mati awal, mati masa muda & yang penting adik tak nak mak dan abah sedih, masih banyak yang perlu adik buat untuk balas jasa abah, adik belum puas nak menggembirakan abah...semua orang yang tengok keadaan adik masa tu sedih, semua orang cakap adik tak kan hidup lama..abah pun dah bersedia masa tu kan kalau apa2 terjadi pada adik, tapi abah...walaupun doktor bagitau peluang adik nipis, adik tetap tak percaya, walaupun adik sakit sangat, tapi adik masih boleh tersenyum, adik kuatkan semangat..depan mak dan abah adik tak tunjuk yang adik sakit, biarlah adik nangis malam2 untuk adik luahkan rasa sakit tu...adik tak sanggup tengok abah sedih terutama mak...abah ingat tak, tiap kali abah datang hospital..kita sama2 buat lawak kan, kita sama2 gelak..adik tahu bila abah tengok adik gembira barulah abah senang hati dan ada selera makan, mak yang bagitau..mak cakap kan, abah pagi2 dah bersiul pergi kerja, dah nyanyi2, dah nak makan...tu tanda nya hati abah senang tengok adik bertambah sihat kan...abah gembira, adik pun gembira...semua orang cakap adik boleh survive sebab semangat adik kuat...hari2 adik doa pada ALLah, YA ALLAH, KAU SMBUHKANLAH PENYAKIT AKU NI, KAU KURANGKANLAH RASA DERITA AKU NI..YA ALLAH, SELAMA INI AKU TELAH BERBAKTI KEPADA KEDUA IBU BAPAKU,MAKA, KAU TURUNKANLAH EHSAN MU KEPADA DIRIKU KERANA TELAH BERBUAT BAIK PADA KEDUA IBU BAPAKU...KAU PANJANGKANLAH UMURKU, KAU BERIKANLAH AKU PELUANG UNTUK HIDUP DAN BERBAKTI PADA DIRI MU DAN PADA KEDUA IBUBAPAKU...SESUNGGUHNYA ENGKAU MAHA PENGASIH DAN MAHA PENYANYANG..
adik masih ingat lagi doa ni lah yang adik baca abah, alhamdulillah..Allah makbulkan doa adik, doa abah mak dan semua orang....kalau boleh, adik sesekali tak nak lukakan hati abah dan buat abah risau dan sedih lgi...adik nak abah gembira je.adik harap abah gembira d hari abah di raikan kan nanti.

Wednesday, March 18, 2015

my munckin my soul

assalammualaikum n hye..

99% mengatakan this boy muka aku, tapi aku tak nampak pun mana yang sama nya...tak kisahlah sayang, janji baby mama ni sihat bijak n membesarkan bagaikan juara...




my baby muhammad usaid al fattah yang terlebih manja.....bucuk bacam cayang dedek mama ni...tengoklah tu pandai betul selfie...tekan camera pun pandai.
ha...ni lagi lah sama orang cakap, da serupa muka pakcu dia ni da ha...tembam nyer, bulat nyer...alahai anak....sume buntat2 ko dik....
dua dua comel cam POOH..love both of u till jannah....

SERUNDING AYAM

 sejujurnya..aku teringin sangat nak makan n ratah2 serunding ayam pedas tu depan komputer, depan tv, depan laptop...bila2 masa aku nak serunding tu akan ada di sebelah aku...aku nak sangat time2 kewangan nazak ni........cepat lah gaji........

aku malas beriye nak minta kat asben, kat mak abah aku...nanti dorang ingt aku ni mngidam pembawakan budak plak, tak ke mmberi harapan palsu kat sume orang tu...kalau aku minta kompom dapat punya...tunggulah gaji nanti aku beli senyap2...

one whole day, im tired..

assalammualaikum n hye..

lama sudah tak memblog..oh lupa semalam aku beli air cool blog perisa vanilla oreo, x sedap langsung...kedekut bahan..huh! ok, sambung plak cite yang tertangguh selama ni...late ly ni aku memang super duper bizi, gym pun da seminggu tak pergi, mana tak nya gara2 unit akaun nak datang melawat akaun sekolah aku ni, ntah apa yang spesel pun aku tak tau kenapa la pihak atasan ni suka sangat datang sekolah aku..

sebelum mereka datang tu aku sibuk la siapkan akaun mana yang belum update lagi, well, aku suka buat kerja last minit, n alhamdulillah yang last minit tu la selalu nya menjadi.work smart ok not work hard.hahaha gittew. fail2 mana yang kena hukum humban tu aku tukar lawa2 bagi suwit, isi dalam tak penting ye adik2, first impression tu yang lebih penting,yang aku cite ni fail bukan orang, kalau ko nak cari pasangan hidup tu op kos la kena cari luar dalam yang ok.ada paham?

10.03.2015 ari tu orang akaun datang dan periksa bla bla bla, ade plak tu yang puji aku cakap aku ni rajin...takkan tengok resit tu pun dorang da cakap aku rajin?bia betul....ke ade maksud tersirat mereka ni...ok abaikan...last meeting dorang bagitau mana yang perlu di upgradekan, cara2 urus kewangan dengan lebih baik n bla bla bla lagi....dalam hati aku kan, cepat la...bila la dorang ni nak balik...penat aku melayan.jahat kan aku..

settle je akaun mengadap plak benda lain, kenaikan gaji tahunan plak kena buat, naik pangkat, invois yang perlu di bayar dan macam2 la...bila la aku nak ada masa tuk diri aku sendiri ni...tapi walau apa pun, aku kena buat jugak walaupun mengeluh..ni kan punca rezeki aku.tanggungjawab aku.so we must move on...penat ke, lapar ke, sakit ke, aku kena jugak siapkan.

hari minggu lepas ari sabtu aku ngn asben bawak mak g tengok pak cik aku kat HKL, dia xcident akibat langgar lari, tiada saksi yang tampil..sekarang masih koma di HKL tu, aku doakan adik mak aku tu merangkap pak cik aku tu akan sembuh sepenuhnya.aminn. balik dari HKL tu asben aku ajak g jenjalan kt Mid Valley..aku suka la sebab dapat bawak mak jenjalan cuci mata, yela..kadang2 duk umah tu boring jugak kan,erm....tak ada apa yang menarik pun kat  mid valley tu, sekadar cuci mata je la....aku bawak mak pergi makan2 jela...
balik dari KL aku terus tido sebab leih sangat2, yela..seminggu kerja tanpa henti, malam tu plak plannyer asben nak bawak aku g IOI Mall Putrajaya, tapi bdan aku tak larat sangat dah.g makan2 je kat kedai thailand makan yee mee kungfu.(boleh plak mee kung fu aku tak diletak nyer telor)sakit plak hati ni..aku minta tukar asben aku tak bagi plak, yela..asben aku bayar kot....bukan free kot.

besok nyer ahad, pepagi da bangun siapkan sarapan, basuh baju , sidai kain, sapu sampah n lepas tu masak plak tuk makan tengahri...dah siap2 masak semua abah ajak plak g kenduri kahwin sepupu dia, aku pun bersiap2 la, nasib baik umah kenduri tu ada ayam golek..hilang sikit letih ni.hahaha. balik dari kenduri tu ingtkan dapat la aku berdating ngn tilam bantal aku tu, baru nak stat mimpi indah bahu aku di cuit cuit, aku bukak mata tengok my nain (asben) kejutkan aku, aku tanya kenapa?dia ajak aku keluar la plak......arghhhh!!!!sayang letih sangat abg, kita rehat je la ye, lagipun besok keje, aku memujuk supaya asben aku join tido sekali, tapi tak berjaya pun..aku pun bersiap la..isteri mithali kena la melayan suami kan, aku ikut je mana dia nak pergi..rupanya dia bawak aku g eon s2, ya allah...nak berjalan lagi, maun bersepai tulang2 aku ni...JJ tu kan besar..asben aku ni suka sanagt cuci mata tengok barang2 dalam rumah...kadang2 dia boleh duduk statik je sesuatu tempat tu, dia akan pandang je benda tu..tak beli pun.ntah apa la yang di pikir nya, baru aku tahu suami aku ni seorang pemikir yang hebat...aku follow je la melayan imaginasi dia jurus ke berapa aku pun tak tahu...

dah penat berjalan, n sangat2 letih tau, mata aku dah merah sangat masa tu...dia pun ajak la aku g tengok chappie...ya Allah lega rasanya, aku berkira2 dalam wayang tu nanti aku nak tido. yes!!tido...
apa yang terjadi dalam panggung tu tak sama apa yng engkau telah rancang parina...jalan cerita chappie tu sungguh la membosankan, dala harga tiket mhal 17 inggit sorang..17x2=34...
ko bayar harga tiket 34 inggit tu semata nak tengok ongputih tu mencarut, gangster tak payah cite la, ngan badan bertatu lagi..eiii, memang tak sesuai la tuk tontonan kanak2..seb baik belum ada anak lagi, kalau ada da lama aku gendong bawak keluar, biar lah rugi dari mentaliti anak aku tercemar.Choii!
kesimpulannya banyak negatif dari positif, yg positif nya 1 % je kot...ntah apa2, badan aku yang letih tu bertambah2 la letih..aku memang tak jadi tido sbb cite tu penuh ngn terpekik terlolong.
lepas ni aku suruh asben aku donlod je la kat internet, rugi memang rugi..kalau aku makan kfc kenyang sendawa dah....balik dari tu aku pun membebel2 dalam kete bla bla bla...laki aku senyap je sebab cite tu memang tak best..huh!

balik je rumah dalam kul 11, teringat baju mr nain tak lipat agi, tak gosok lagi..besok kan keje...aku amik bakul lipat la depan dia dengan harapan dia pun akan membantu, Alhamdulillah...cinta hati beta tu memang rajin pung, dia tolong sekali lipat baju...n lepas tu dia cakap baju abg tak yah gosok ea sebab cuti sekolah ni abg pkai t shirt je..tenkiu abg, terharu sangat....aku tahu asben aku tu pun mesti kesian tengok aku mata da macam cina sepet, dah kuyu sangat dah...berkali2 aku tanya dia, betul ke ni abg..dia cakap betulll, so aku tak yah la menggosok baju dia yang sememng nya rumit tu..huhu.aku pun mandi pas tu terus la tido sampai tak sedar diri..tu lah xtvt aku bersama suami tersayang....

jauh sudut hati aku ni, aku berdoa supaya pertukaran aku ke melka di luluskan....tak sampai hati tengok suami bawak beg pagi2 setiap isnin, naik moto meredah pagi pergi kerja...orang lain belum bangun tapi dia jam 5.30 pagi dah gerak ke gemencheh...mesti dia menahan sejuk.tapi apa nak buat, aku mesti kuat dan terima dugaan hidup ni berjauhan dengan suami..aku redha jika allah belum bagi lagi kami zuriat, banyak hikmah nya.lagipun syukur aku bahagia dengan suami aku, hidup kami gembira seperti zaman bercinta dulu....allah lebih tahu bila masa yang sesuai untuk kami menimang cahaya mata...

Monday, March 9, 2015

den kuat..

assalammualaikum n hye...

ya allah, pepagi da dapat cite yang buat aku sakit hati, geram, menyampah rasa nak tumbuk orang, rasa nak letak julap dalam air dia..semua yang jahat la aku nak buat kat dia.....Ya allah, kuatkanlah hati aku ni...sabar sabar farina....maafkanlah insan yang bermulut puaka dan busuk itu...semoga bliau mendapat hidayah,dah lupakan si jembalang itu.

sebenarnya kan aku tetiba nak cite rentetan hidup aku dari kecil sampai la aku da bersuami ni, ramai yang tak tahu terutama kawan2 sebab aku jenis yang tak suka bercerita sesuka je kat orang, orang2 yang terpilih aja akan aku cerita, tapi didalam ni biarlah aku tulis agar aku tak lupa di kemudian hari..

zaman remaja aku tak seperti macam rakan2 lain yang bebas ke sana sini, sejak aku darjah 5 lagi aku dah belajar untuk uruskan diri sendiri dan keluarga, masa tu mak terpaksa bekerja bantu abah. bayangkan dalam darjah 5 aku da boleh bawak motor, masak & uruskan rumah bila mak & abah tak ada.
kalau tak silap aku masa tu tahun 1998, selalu sangat tak ada air kat kawasan umah aku tu..selalu ada paip pecah n nak tunggu orang JBA baiki memang lama, kadang2 seminggu. masa tu lah aku bertukar jadi super power puff girl, budak darjah 5 dah pikul baldi bawak basuh kat sungai, 2 buah baldi, baju mak, abah n abang. baju abah tu spesial sikit sebab dari malam kena rendam dulu biar daki2 sume kembang, abah aku tu pembersih sangat2 orang nya..pas tu baru aku bawak ke sungai n basuh. dulu sungai air nya besar, dalam jernih n tak kotor, sekarang tah jadi apa tah.nasib baik masalah paip pecah dah tak ada. dulu aku selalu pinjam kereta sorong mak long aku sebelah umah ni, dia baik sangat2..apa aku nak pinjam dia bagi je tanpa kompromi...mecih mak long...kadang2 kan aku rembat je daun kesom dia yang dia tanam kt tepi jalan.hahaha, bagi betis nak peha kau ni.

masuk je tingkatan 1 kan badan aku yang gedempong ni jadi la macam lisa surihani layaknya, gila ko...ari2 g sekolah sejauh 3km naik beskal...kalau cuaca panas, lagi la lemak aku ni cair...masa time2 remaja dulu..aku mana dapat menghayati sangat, sebab nyer aku ni da mcm mak org je layaknya...bayangkan..dah la mak abah g keje..urusan rumah 100% di bawah jagaan aku, budak lain balik naik beskal buku penuh kat bakul, aku plak kat bakul penuh ngn sayur ngn ikan..alang2 balik sekolah tu dah lalu kedai..beli je la kan.oh ye, dulu mak abah tak bagi aku ngn abang g sekolah naik moto walhal ada je moto, sebab nyer kitorang tak ade lesen n mak risau aku ngn abg merempit.hehe.
ok, balik je rumah makan n tengpok tv rehat2, kalau aku sangat letih aku akan tido sampai kul 4 ptg, kul 4 ptg tu aku da sibuk mengemas rumah, sapu sampah n masuk baju dalam mesin...lepas dah selesai semua tu aku masak plak.masa ni da terer sikit masak, macam masak gulai ke, sambal ke, grg sayur ke...abah n mak makan x de komplen tu kira ok la kan..dah habis masak tu dalam kul 6.30 aku pegi jemput mak balik dari keje kat kilang. kilang tu nak kira jauh, x jauh la dari rumah, ada la dalam 8km, tetapi......perjalanan nak pergi sana tu penuh berliku, jalan yang sunyi..bengkang bengkok, kiri kanan penuh hutan...hari plak nak senja..aku ingat lagi..masa tu aku pakai kapcai buruk je, abah beli dari kawan dia..selalu jugak la lampu depan tercabut, lampu belakang tercicir n moto tu langsung tak ada signal sebab dah rosak...aku tawakal je la masa tu...malam baru buat keje sekolah, jujur aku cakap...malam tu memang aku malas sangat nak buat kerja sekolah n belajar sebab aku da terlalu letih...masa tu mana tahu erti tanggungjawab ke apa, yang aku tahu..mak n abah kerja so aku kena buat.tu aje...budak kan..yang aku heran tu kan, walaupun aku ni tak la rajin sangat beljar, dari tingkatan 1-3 aku pekse dapat no 1.hehehe...markah selalu la paling tinggi dalam kelas, mungkin Allah bantu aku sebab aku membantu ke dua org tua aku...amin...

selama 5 tahun aku berkeadaan macam tu, kawan2 ajak lepak je memang aku tolak mentah2, memang aku tak bergaul bila habis waktu sekolah, dunia aku masa tu masak, berkemas n antar jemput mak balik keje,..aku dapat kenal dunia luar ni pun masa aku naik tingkatan 6, masa tu tinggal di Sekolah Kebangsaan Tunku ampuan Durah.(STAD).hehe. masa tu la baru aku kenal terminal One, tempat femes bebudak sekolah lepak, dating, kenal JJ kat S2 tu...hahaha, naif nyer ko ni parina oii.yela..tetiap minggu outing, haruslah aku melebarkan sayap ini...kesimpulannya, kehidupan aku selama 27 tahun 6 bulan ni memang sangat mencabar, banyak sebenarnya aku nak tulis tapi sikit2 lagi tu biarlah rasia kan...tak semuanya nak bagitau...hehehe..

alhamdulillah...

Assalammualaikum n hye.....

Alahamdulillah....dpat panggilan dari Putrajaya bahagian pertukaran, walaupun belum kompem dapat tukar, dah cukup memadai dah nama aku di cadangkan ditempat berikut..

perasaan aku memula dapat call tu eksaited, sampai pegang hp pun menggigil je..macam betul2 dapat plak kan..tapi jauh sudut hati aku ni berharap sangat dapat tukar, letih dah berulang melaka-seremban. seremban-melaka..dengan duit minyak nyer lagi, tol & makan...lagi satu kesian kat asben yang kena bahagi2 balik rumah, dia lagi la pulak, gemencheh- melaka, gemencheh seremban, ari minggu gemencheh -seremban-melaka..

dalam gembira-gembira ni kan, hati aku tetiba je rasa sedih, macam mana ngn mak abah kalau aku dapat tukar, sapa nak bawak abah g beli barang, sapa nak urut kaki mak malam2, sapa nak borak2 ngn mak bila hari hujan lebat,( mak tak suka ujan lebat, nanti hati dia cepat risau)...dan yang sangat2 aku risaukan kalau mak n abah tak sihat...sapa nak jagakan mak, hanya aku je yang tahu apa mak nak bila mak tak sihat, hanya aku je yang boleh layan & bersabar dengan karenah nya...Ya Allah...sedih sangat2, tapi aku perlu tahu yang aku dah berkeluarga, aku ada suami.tugas isteri ialah mendahului suami, melayan suami..aku kena ikut suami kemana aja dia pergi, tapi alhamdulillah..mujurlah aku dapat suami yang sangat memahami..n alhamdulillah, melaka ni pun tak la jauh sangat, kalau mak n abah memerlukan aku, in sya allah aku akan balik...

aku sentiasa berdoa pada Allah, jadikanlah aku seorang anak yang solehah, yang dapat menjaga kedua ibu bapa ku hingga akhir hayat nya, yang dapat membahagiakan ibu bapaku, dan berbakti pada mereka..janganlah Allah pesongkan hatiku n lupa pada kedua ibu bapaku...walau senang mana kehidupan aku nanti, mak n abah sesekali tidak akan aku lupakan, aku akan bahagiakan mereka berdua, banyak sangat jasa mak n abah dalam membesarkan aku...menjaga ku dengan penuh kasih sayang masa ku terlantar sakit dulu, melihat mak menngis tersedu sedan di waktu malam...mak, andai lah adik dapat selam dalam2 hati mak itu....aku tahu, mak sentiasa doakan agar penyakit aku ini dipindahkan aja padanya, sungguh mulia sangat hati seorang mak..sampai begitu sekali mak sanggup berkorban untuk adik.

raya pertama tahun lalu aku beraya di melaka, malam nk gerak tu pun aku da menangis2 macam orang tak betul, pertama kali seumur hidup raya pertama tanpa mak n abah dan keluarga...rasa sedih sangat2, aku peluk mak, kucup dahi dia, cium pipi dia...mlm raya tu plak mak demam...rasa tak sampai hati plak nak tinggalkan mak macam tu je, tapi apakan daya...aku dah berjnji dengan suami....suami harus di utamakan...


Doa Untuk Ibu Bapa

Ya Allah 
Rendahkanlah suaraku bagi mereka 
Perindahlah ucapanku di depan mereka 
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan 
Lembutkan hatiku untuk mereka 

Ya Allah, 
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas 
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas 
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah 
mereka sebagaimana mereka memeliharaku. 

Ya Allah, 
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan 
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku 
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku 
jadikanlah itu semua penyebab susutnya 
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan 
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah 
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan 
kebaikan berlipat ganda. 

Ya Allah, 
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku, 
Izinkanlah mereka memberi syafa’at untukku. 
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi 
syafa’at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul 
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman 
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu… . 

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha 
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah 
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih. 
 
Amin Ya Rabbul Alamin.. 

mak, abah....walau di mana adik berada, adik tak kan sesekali melupakan mak n abah, mak abah la kekuatan adik selama ni...restukanlah perjalanan hidup adik ni, sesungguhnya semua ni telah di aturkan oleh allah swt...doakanlah kebahagiaan adik di dunia ni bersama suami dan bakal anak adik nanti..semoga penghijrahan adik ni akan merapatkan lagi hubungan istimewa kita sekeluarga nanti..ingatkanlah adik bila adik lupa, tegurlah adik jika adik salah, walau adik dah bersuami, adik masih rindu dengan teguran2 dari mak n abah..adik masih puteri abah dan bidadari mak..selama-lamanya adik nak jadi puteri n bidadari untuk mak n abah...adik sayang mak abah sangat2...

Tuesday, March 3, 2015

jenjalan

Assalammualaikum n hye...

5 hari tak post apa2...bukan malas nak menaip tapi idea dan mood tak ada...ni pun puas panggil mood datang.

nak cite ni, ari sabtu ari tukan , aku sekeluarga balik kampung mak aku kat jelebu tu..dalama tak balik kesian plak kat mak tu..semenjak aku kawin ni jarang bawak dia jalan2 n balik kampung, sebelum aku kawin dulu lagi aku da tanamkan dalam hati ni walau apa pun, aku sesekali takkan abaikan mak aku n tinggalkan rutin kebiasaan aku ngn mak macam sebelum ni, contohya selalu pegi makan sama2, jalan2 kat lake garden sama2...aku akui memang jarang sangat dah aku buat macam tu..tapi apakan daya aku...aku da bersuami dan aku pun dah ada rumah di melaka, nak tak nak kami kena selalu berulang ke sana, jadi bila ada masa macam ni lah aku nak bawa mak tu, bia riang sikit dia n tak ada lah duduk umah je kan. harap2 opis aku ni jadilah buat trip ke langkawi hujung tahun ni..mak da lama sangat nak pergi langkawi tapi tak dapat lagi...harap2 aku dapat la realisasikan impian mak nak naik feri tu...

kami balik hari je pun, pergi pagi n balik petang, dapat lah mak jumpa adik dia n lepaskan rindu dia kat kampung halamannya kan, suami aku ngn abg aku ape lagi, memancing la...kat kampung ni mak cik aku n anak nya aka sepupu aku yang tinggal n jaga umah pusaka ni...kiranya tak de la terbiar kan..aku suka balik kampung time hari2 biasa je, kalau balik masa cuti panjang memang penuh la umah tu..mana tak nya adik beradik mak aku 11 orang kau...tu belum lagi dengan anak masing2, cucu2, cicit2...memang penuh.nak2 si kenit baby usaid tu.dia tu mana lah boleh orang ramai, orang pegang2 dia, orang pandang2 dia maun melalak2 dia nanti, masa balik tu tak ada orang n kitorang boleh baring2 lagi.baby pun tak merengek siap main ngn sepupu2 dia....pendek kata memang heaven la.tenang n damai je..hehehe

malam sabtu pulak, asben aku ajak keluar sebab cuaca panas sangat2..aku ingat g makan satay je sebab da letih baru balik dari kampung, rupanya merempit pegi putrajya lagi...aku follow je la naik moto plak tu...sebenarnya kalau dah selalu pergi tak lah jauh mana pun putrajya dari umah kitorang tu, 30 minit je dari rumah & 20 minit dari semenyih..sampai je sana terus g dataran masjid main rollerblade, sebelum ni pun da penah pergi n main, mula main asik tergolek dan tak oleh imbang badan, kali kedua ni aku main syukur dah boleh balance n bawak laju, tinggal lah asben aku kat belakang, bila tengok balik dah tak ada.rupa2nya dah terjatuh..hahaha..seronok sangat sebab ramai sangat orang, n sapa yang bawak kete tu kompom2 la jem..seb baik aku ngn asben naik moto, boleh cilok2 je..nak balik tu sempat jugak la asben aku usha2 harga rollerblade, not bad la harganya...aku harap sangat dapat beli..tak sabar nak main kat umah melaka.