Thursday, March 3, 2016

putus asa

assalammualaikum...
pagi tadi dalam perjalanan ke opis, aku bukak lah radio Sinar Fm.
pagi ni jemputan dia imam muda ustaz ashraf. menitik air mata aku bila dengar panggilan dari seorang ibu, di cerita anak dia salah seorang pelajar harapan sekolah dan op kos lah harapan mak n ayah nya. tetapi bila dapat result semalam, result nya tak seperti yang dia jangkakan.mak nya bagitau dari semalam dia berkurung dalam bilik tak makan dan tak minum. hati ibu dia sedih sebab anak dia yang dulu periang & gembira terus jadi senyap sebab keputusan SPM tu, mak dia pun menangis sekali masa bercerita tu. erm.....macam lebih kurang sama ngn cerita aku dulu.

ok, aku amik STPM tahun 2006, aku ni antara pelajar harapan jugak lah, bila periksa tak pernah la markah yang menghampakan. kira macam boleh dan layak lah nak masuk U...
akan tetapi, bila result keluar tak seperti yang aku jangkakan, aku down, lemah, menggigil, sedih..terduduk aku kat dewan tu. badan aku lemah dan tak boleh nak cakap apa.
selepas tu, aku jadi seorang yang pendiam, sapa tanya result aku cakap cukup-cukup makan je, padahal rasa nak lempang laju2 orang yang bertanya tu. bayangkan aku pergi kerja air mata aku berjurai-jurai jatuh, aku dah musnahkan harapan mak abah untuk tengok aku masuk U. aku rasa hidup ni tak adil dan tak guna lagi dah.aku rasa aku yang paling malang dalam dunia ni, aku belajar, bukan tak belajar..tapi inilah yang dinamakan takdir.

bila aku duduk sendiri, aku fikir balik, sebenarnya Allah dah atur cantik-cantik kehidupan aku. masa aku tingkatan 4 aku ada bagitau kat mak abah yang lepas SPM aku nak kerja cepat-cepat, nak balas jasa mak abah, nak bagi dorang duit, nak beli kereta dan bawak mak abah jenjalan.
dan betul, seminggu lepas STPM aku ditawarkan kerja sebagai Pembantu tadbir sambilan di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban. 2 tahun selepas tu aku dapat kerja Tetap plak. aku mula beli kereta dan ada pendapatan sendiri, rupanya Allah tak bagi aku yang itu, dia bagi aku yang ini. Sebab tu, kita ni sentiasa berprasangka baik pada Allah..Allah lebih tahu dan perancangan Nya lebih hebat. Sekarang Alahmdulillah aku dapat realisasikan impian aku untuk bawak mak abah jenjalan dengan kereta yanga aku beli, dapat bagi mak abah duit..rupanya apa yang aku niatkan dulu Allah dah makbulkan tanpa kita sedar.

So, adik2 yang dapat result teruk tu, jangan rasa putus asa.. panjang lagi perjlanan untuk adik tempuh...bersabar dan berdoa pada Allah.

dah berhabuk blog ni ha

Assalammualaikum..

Dah lama tak update blog ni, dan hampir setahun aku berhijrah ke negeri melaka ni...
dah hampir setahun aku bersama suami dan masih berdua...

sebenarnya banyak benda aku nak tulis, tapi idea tu macam beku dan tepu je dalam otak ni..seolah2 tak nak keluar. hal kerja seperti biasa, cuma lebih banyak dari biasa sebab guru dan staf ramai.

hati ini masih kosong, sunyi, tersentuh, hiba, sedih......bukan apa, walaupun aku nampak gembira di luar, tapi hati ni sesekali terusik..aku masih menantikan kehadiran zuriat dalam keluarga kecil kami...hati siapa tak tersentuh apabila rakan-rakan yang seangkatan nikah dah ada berita baik & sedang mengusung perut.
gembira di hadapan mereka tapi bukan di hati ini, aku bukan iri hati atau cemburu, tapi percayalah..setiap wanita dalam dunia ni punyai perasaan yang sama..hati wanita memang akan tersentuh apabila diri tak sempurna seperti wanita lain.yang dapat mengandungkan dan melahirkan zuriat sendiri...
honestly, 2 kali aku menangis bila aku dapat khabar sahabat baik aku pregnant.
pertama aku sedih sebab, kami memang rapat, selalu cerita dan bertukar-tukar pandangan tentang cara nak hamil..tetapi dah nak masuk 3 bulan dorang pregnant, baru dorang bagitau aku..yelah, siap ada group wasap bagai...takkan tu pun nak berahsia.bagi aku la, kita ni sama-sama sedih masa belum ada rezeki tu, so bila dapat berita gembira tu mesti lah nak sama-sama gembira..ni pun aku dapat berita tu da lama dia pregnant.
aku faham, mungkin dia tak nak war-warkan sebab kandungan masih baru, tapi kita sahabat kan..tapi tak tahu lah, kalau aku je anggap dorang sahabat, tapi dorang tak, atau dorang tak nak bagitau takut aku kecil hati.tapi aku lbih kecil hati bila tahu lambat. habis tu, yang share- share tips semua tu apa, nampaknya aku je yang syok sendiri..padahal dorang dah berbahagia dengan zuriat dalam perut mereka...sungguh aku kecil hati.aku menangis..aku pujuk hati aku sendiri, tak pelah...mungkin dorang ada alasan mereka sendiri, aku kena hormat..lepas tu, aku dah tak join group wasap tu. bagi aku, lebih aku aku left dari aku menyakitkan hati aku sendiri.
percayalah, pasangan yang belum ada zuriat ni banyak dugaan nya, aku ada group semua wanita..dalam group tu semua cerita tentang anak masing2. anak dah pandai ni, dah pandai tu, bagi minum susu ni, susu tu, shopping baju baby.tapi aku nak cerita apa? pedih tapi aku belajar bersabar.
suamiku selalu bagi kata-kata semangat, dia cakap kita dah cukup bahagia sekarang, jadi jangan hancurkan kebahagiaan tu dengan fikir tentang benda yang tak pasti kita boleh dapat..anak tu dari Allah, kita dah banyak usaha dan selebihnya serah pada Allah.