seminggu awal lagi asben aku da request masak asam pedas, minggu ni turn balik umah melaka plak.
sebenarnya banyak benda aku nak buat balik melaka ni, mop umah la, cabut rumput la..joging kat sawah la, nak tengok wayang la...eii, semua benda nak buat.. tpi yang utama tu kena lah masak sebab incik nain da minta...
aku sebenarnya terharu, rasa di hargai n di manjai bila suami puji masakan aku sedap.ni da 3x kali dia request masak asam pedas...bila aku ngh masak tu dia tergedik2 la dtg dapur ckp bau sedap la, da masak ke blm la...mengacau konsentrasi aku btul...hihi...tp sebenarnya aku suka n gembira...bahagia sangat tengok suami makan hasil air tangan isterinya ni.sebenarnya kita ni isteri2 semua kena masak dari hati yang ikhlas baru lah terpancar pada makanan tu n suami mkn rasa sedap n dalam masa yang sama bertambah2 syg kat kita..in syaa allah..
antara tips yang selalu aku guna masa nak memasak tu ialah: masa cuci sayur ke, ikan ke, ayam ke daging tu ke selawat la berkali2 sampai la selesai..n masa nak masukkan bahan utama tu cth nya ayam ke dalam kuali tu, pun kena la selawat...n lagi satu tips ni aku dapat dari blog WARKAH BUAT ISTERI hasil nukilan dari encik abil fikri, dia pesan masa buat air suami tu baca dalam hati AL WADUD...aku x tau la ape maknanyer ni tapi aku rasa yg baik2 saja.
ni resepi asam pedas yang selalu aku buat. aku x gugle pun, aku ikut apa yang aku rasa kat lidah aku ni n pngalaman aku mkan kat kedai2. aku pun ade tanya mak mentua sikit2 resepi asam pedas ni..yela..org melaka pure kan, kompem la meletop asam pedas nya, rugi la x cedok sikit2.
bahan utama:
ikan ( x kisah la jnis ikan) tapi yg bersesuaian
*cili kering
*kunyit hidup 1cm
*lengkuas 1cm
asam jawa/ asam keping
daun kesum
serai
bendi
*bawang besar 2 biji
*bawang putih 1 biji
minyak masak
air
blender sume bahan yang bertanda* sampai lumat.
panaskan minyak n tumis bahan yang dah di blender sampai naik bau n garing skit. selepas itu masukkan air 2 - 4 cawan. selepas itu masukkan air asam jawa yang pekat likat 1 cawan kedalam kuah yang mendidih n masukkan garam sekali..dah mendidih tu baru lah masukkan ikan ( masuk ikan lambat sbb x nak bagi ikan tu terlalu masak, bia fresh2 gittew)..last sekali baru lah masukkan bendi, serai n daun kesum..biakan sampai pecah minyak n baru la di hidangkan,.
nilah menu mnggu lepas, ikan kembung asam pedas, kngkung grg ikan masin, telor masin, ayam grg ngn tempe grg...

No comments:
Post a Comment