Monday, March 23, 2015

posting..

assalammualaikum n hye...

arini result pertukaran di jangka keluar, tapi aku tunggu punya tunggu masih tak keluar lagi, main2 betul la org KPM ni kan...aku da berangan setinggi gunung dah ni, tak sabar nak tinggal berdua dengan hubby, lepas ni kalau ada rezeki ari2 la bergaduh, ari2 la dapat manja.hehhe.yang tak best nya plak ari2 aku kena bangun awal dari dia, sebab nya kami dah buat perjanjian hudaibiyah, hihi..bahawa kami akan melaksanakan langkah2 penjimatan dengan bawak bekal pergi opis.ha! bernas kan idea aku, dat y la aku kena bangun pepagi untuk masak, n my hubby pun setuju.

malam tadi dalam perjalanan nak balik, aku dengan hubby aku set time dari rumah ke sekolah yang bakal aku berkhidmat tu, tolak tambah bahagi darab masuk jem ade la dalam 30 minit, sekali ganda dari sekarang, tapi tak pa lah, aku dah bersedia pun..bersyukur sangat kalau dapat...

aku juga dari sekarang dah bersedia dari segi mental dan emosi jika ditakdirkan belum berjaya. aku percaya setiap apa yang berlaku terselindung hikmah nya.cuma kita aja yang tak nampak kan...aku ok je, dapat aku berbakti kepada mak abah aku, dapat jugak aku urut 2 kaki mak abah aku...mungkin orang yang berjaya tu dah lama dia tunggu untuk bertukar, yang paling kesian yang ada anak suami, terpaksa meninggalkan mereka demi tugas dan mencari sesuap rezeki.aku yang seminggu ni pun tinggalkan usaid tu dah naik sasau, apatah lagi la kalau yang anak kandung tu kan...walau pahit keputusan tu, aku terpaksa terima jugak, takkan aku nak nangis keluar air mata darah plak kot.aku harap sangat suami aku bersabar dalam hubungan jarak jauh ni...aku dah berdoa dan berusaha, selebihnya Allah saja yang menentukan nya.




SELAMAT HARI LAHIR ABAH...WE LOVE U.

Assalammualaikum...

ni nak bagi satu rahsia ni..jagan bagitau sesiapa tau especially abah aku, 28 march ni in syaa allah aku nak seprise kan besday dia...patutnya 15hb ari tu hari ahad, tapi biasalah kan, gaji gomen ni tengah2 bulan dah habis, pulak tu gaji awal masa CNW ari tu, aku harap abah tak kecik hati sebab aku tak buat besday dia tahun ni, tahun2 sebelum ni memang aku buat...

kek pun aku dah tempah, nanti dah siap aku publish ea tunjuk kat korang ( perasan macam la ade orang baca blog ko parina)..aku rancang nak belikan abah wallet, sebab aku tengok wallet dia tu dah nazak sangat dah, aku risau duit syiling dia tercicir...mak aku plak suruh aku belikan abah baju sebab banyak baju dia dah lusuh...in syaa allah ada rezeki aku akan belikan abah dua dua tu....

selain plan nak sambut besday abah ni, aku nak bagi abah surat cinta tau.aku nak tulis yang aku sayang sangat2 kat abah, aku nak ucap terima kasih banyak2 kat dia sebab jaga aku dengan baik, beri kasih sayang dengan cukup...memang kita tak terbalas jasa mereka ni, tapi aku akan buat apa yang termampu, azam aku, selagi tulang 4 kerat aku ni terdaya, selagi aku bernafas kat bumi ni, selama tu lah aku akan penuhi impian mereka, sayang dan jaga kebajikan kedua ibu bapa aku walau aku tak tinggal bersama mereka nanti,aku berharap Allah sentiasa mudahkan urusan aku kalau melibatkan mereka berdua... aku nak tulis surat tu sebab aku segan nak cakap depan....aku nak peluk cium abah, aku nak peluk abah kuat2...aku nak bagitahu satu dunia ni yang aku sayang kan abah sangat2.

abah lah hero pertama dalam hati aku, abah lah lelaki pertama yang aku nampak saat aku di lahirkan, (bukan doktor ea sbb aku lahir kat rumah)..abah la lelaki pertama yang berbual dengan aku...abah lah yang selalu penuhi permintaan aku, yang selalu menasihati aku..

abah, terima kasih atas jasa dan kasih sayang yang telah abah salurkan pada adik, tiada apa yang dapat adik balas untuk menggantikan semua tu, segala pengorbanan abah sejak adik kecil sampai dewasa akan adik ingat, abah banyak berkorban wang , masa dan tenaga masa adik sakit dulu, segala permintaan adik abah tunaikan...abah, adik nampak raut wajah abah sedih, suram & kecewa masa adik sakit tenat dulu...doktor sendiri bagitahu abah yang peluang untuk adik hidup nipis, tapi raut wajah abah nampak tabah dan redha...abah, setiap[ hari adik lawan penyakit adik tu, adik tak nak mati awal, mati masa muda & yang penting adik tak nak mak dan abah sedih, masih banyak yang perlu adik buat untuk balas jasa abah, adik belum puas nak menggembirakan abah...semua orang yang tengok keadaan adik masa tu sedih, semua orang cakap adik tak kan hidup lama..abah pun dah bersedia masa tu kan kalau apa2 terjadi pada adik, tapi abah...walaupun doktor bagitau peluang adik nipis, adik tetap tak percaya, walaupun adik sakit sangat, tapi adik masih boleh tersenyum, adik kuatkan semangat..depan mak dan abah adik tak tunjuk yang adik sakit, biarlah adik nangis malam2 untuk adik luahkan rasa sakit tu...adik tak sanggup tengok abah sedih terutama mak...abah ingat tak, tiap kali abah datang hospital..kita sama2 buat lawak kan, kita sama2 gelak..adik tahu bila abah tengok adik gembira barulah abah senang hati dan ada selera makan, mak yang bagitau..mak cakap kan, abah pagi2 dah bersiul pergi kerja, dah nyanyi2, dah nak makan...tu tanda nya hati abah senang tengok adik bertambah sihat kan...abah gembira, adik pun gembira...semua orang cakap adik boleh survive sebab semangat adik kuat...hari2 adik doa pada ALLah, YA ALLAH, KAU SMBUHKANLAH PENYAKIT AKU NI, KAU KURANGKANLAH RASA DERITA AKU NI..YA ALLAH, SELAMA INI AKU TELAH BERBAKTI KEPADA KEDUA IBU BAPAKU,MAKA, KAU TURUNKANLAH EHSAN MU KEPADA DIRIKU KERANA TELAH BERBUAT BAIK PADA KEDUA IBU BAPAKU...KAU PANJANGKANLAH UMURKU, KAU BERIKANLAH AKU PELUANG UNTUK HIDUP DAN BERBAKTI PADA DIRI MU DAN PADA KEDUA IBUBAPAKU...SESUNGGUHNYA ENGKAU MAHA PENGASIH DAN MAHA PENYANYANG..
adik masih ingat lagi doa ni lah yang adik baca abah, alhamdulillah..Allah makbulkan doa adik, doa abah mak dan semua orang....kalau boleh, adik sesekali tak nak lukakan hati abah dan buat abah risau dan sedih lgi...adik nak abah gembira je.adik harap abah gembira d hari abah di raikan kan nanti.

Wednesday, March 18, 2015

my munckin my soul

assalammualaikum n hye..

99% mengatakan this boy muka aku, tapi aku tak nampak pun mana yang sama nya...tak kisahlah sayang, janji baby mama ni sihat bijak n membesarkan bagaikan juara...




my baby muhammad usaid al fattah yang terlebih manja.....bucuk bacam cayang dedek mama ni...tengoklah tu pandai betul selfie...tekan camera pun pandai.
ha...ni lagi lah sama orang cakap, da serupa muka pakcu dia ni da ha...tembam nyer, bulat nyer...alahai anak....sume buntat2 ko dik....
dua dua comel cam POOH..love both of u till jannah....

SERUNDING AYAM

 sejujurnya..aku teringin sangat nak makan n ratah2 serunding ayam pedas tu depan komputer, depan tv, depan laptop...bila2 masa aku nak serunding tu akan ada di sebelah aku...aku nak sangat time2 kewangan nazak ni........cepat lah gaji........

aku malas beriye nak minta kat asben, kat mak abah aku...nanti dorang ingt aku ni mngidam pembawakan budak plak, tak ke mmberi harapan palsu kat sume orang tu...kalau aku minta kompom dapat punya...tunggulah gaji nanti aku beli senyap2...

one whole day, im tired..

assalammualaikum n hye..

lama sudah tak memblog..oh lupa semalam aku beli air cool blog perisa vanilla oreo, x sedap langsung...kedekut bahan..huh! ok, sambung plak cite yang tertangguh selama ni...late ly ni aku memang super duper bizi, gym pun da seminggu tak pergi, mana tak nya gara2 unit akaun nak datang melawat akaun sekolah aku ni, ntah apa yang spesel pun aku tak tau kenapa la pihak atasan ni suka sangat datang sekolah aku..

sebelum mereka datang tu aku sibuk la siapkan akaun mana yang belum update lagi, well, aku suka buat kerja last minit, n alhamdulillah yang last minit tu la selalu nya menjadi.work smart ok not work hard.hahaha gittew. fail2 mana yang kena hukum humban tu aku tukar lawa2 bagi suwit, isi dalam tak penting ye adik2, first impression tu yang lebih penting,yang aku cite ni fail bukan orang, kalau ko nak cari pasangan hidup tu op kos la kena cari luar dalam yang ok.ada paham?

10.03.2015 ari tu orang akaun datang dan periksa bla bla bla, ade plak tu yang puji aku cakap aku ni rajin...takkan tengok resit tu pun dorang da cakap aku rajin?bia betul....ke ade maksud tersirat mereka ni...ok abaikan...last meeting dorang bagitau mana yang perlu di upgradekan, cara2 urus kewangan dengan lebih baik n bla bla bla lagi....dalam hati aku kan, cepat la...bila la dorang ni nak balik...penat aku melayan.jahat kan aku..

settle je akaun mengadap plak benda lain, kenaikan gaji tahunan plak kena buat, naik pangkat, invois yang perlu di bayar dan macam2 la...bila la aku nak ada masa tuk diri aku sendiri ni...tapi walau apa pun, aku kena buat jugak walaupun mengeluh..ni kan punca rezeki aku.tanggungjawab aku.so we must move on...penat ke, lapar ke, sakit ke, aku kena jugak siapkan.

hari minggu lepas ari sabtu aku ngn asben bawak mak g tengok pak cik aku kat HKL, dia xcident akibat langgar lari, tiada saksi yang tampil..sekarang masih koma di HKL tu, aku doakan adik mak aku tu merangkap pak cik aku tu akan sembuh sepenuhnya.aminn. balik dari HKL tu asben aku ajak g jenjalan kt Mid Valley..aku suka la sebab dapat bawak mak jenjalan cuci mata, yela..kadang2 duk umah tu boring jugak kan,erm....tak ada apa yang menarik pun kat  mid valley tu, sekadar cuci mata je la....aku bawak mak pergi makan2 jela...
balik dari KL aku terus tido sebab leih sangat2, yela..seminggu kerja tanpa henti, malam tu plak plannyer asben nak bawak aku g IOI Mall Putrajaya, tapi bdan aku tak larat sangat dah.g makan2 je kat kedai thailand makan yee mee kungfu.(boleh plak mee kung fu aku tak diletak nyer telor)sakit plak hati ni..aku minta tukar asben aku tak bagi plak, yela..asben aku bayar kot....bukan free kot.

besok nyer ahad, pepagi da bangun siapkan sarapan, basuh baju , sidai kain, sapu sampah n lepas tu masak plak tuk makan tengahri...dah siap2 masak semua abah ajak plak g kenduri kahwin sepupu dia, aku pun bersiap2 la, nasib baik umah kenduri tu ada ayam golek..hilang sikit letih ni.hahaha. balik dari kenduri tu ingtkan dapat la aku berdating ngn tilam bantal aku tu, baru nak stat mimpi indah bahu aku di cuit cuit, aku bukak mata tengok my nain (asben) kejutkan aku, aku tanya kenapa?dia ajak aku keluar la plak......arghhhh!!!!sayang letih sangat abg, kita rehat je la ye, lagipun besok keje, aku memujuk supaya asben aku join tido sekali, tapi tak berjaya pun..aku pun bersiap la..isteri mithali kena la melayan suami kan, aku ikut je mana dia nak pergi..rupanya dia bawak aku g eon s2, ya allah...nak berjalan lagi, maun bersepai tulang2 aku ni...JJ tu kan besar..asben aku ni suka sanagt cuci mata tengok barang2 dalam rumah...kadang2 dia boleh duduk statik je sesuatu tempat tu, dia akan pandang je benda tu..tak beli pun.ntah apa la yang di pikir nya, baru aku tahu suami aku ni seorang pemikir yang hebat...aku follow je la melayan imaginasi dia jurus ke berapa aku pun tak tahu...

dah penat berjalan, n sangat2 letih tau, mata aku dah merah sangat masa tu...dia pun ajak la aku g tengok chappie...ya Allah lega rasanya, aku berkira2 dalam wayang tu nanti aku nak tido. yes!!tido...
apa yang terjadi dalam panggung tu tak sama apa yng engkau telah rancang parina...jalan cerita chappie tu sungguh la membosankan, dala harga tiket mhal 17 inggit sorang..17x2=34...
ko bayar harga tiket 34 inggit tu semata nak tengok ongputih tu mencarut, gangster tak payah cite la, ngan badan bertatu lagi..eiii, memang tak sesuai la tuk tontonan kanak2..seb baik belum ada anak lagi, kalau ada da lama aku gendong bawak keluar, biar lah rugi dari mentaliti anak aku tercemar.Choii!
kesimpulannya banyak negatif dari positif, yg positif nya 1 % je kot...ntah apa2, badan aku yang letih tu bertambah2 la letih..aku memang tak jadi tido sbb cite tu penuh ngn terpekik terlolong.
lepas ni aku suruh asben aku donlod je la kat internet, rugi memang rugi..kalau aku makan kfc kenyang sendawa dah....balik dari tu aku pun membebel2 dalam kete bla bla bla...laki aku senyap je sebab cite tu memang tak best..huh!

balik je rumah dalam kul 11, teringat baju mr nain tak lipat agi, tak gosok lagi..besok kan keje...aku amik bakul lipat la depan dia dengan harapan dia pun akan membantu, Alhamdulillah...cinta hati beta tu memang rajin pung, dia tolong sekali lipat baju...n lepas tu dia cakap baju abg tak yah gosok ea sebab cuti sekolah ni abg pkai t shirt je..tenkiu abg, terharu sangat....aku tahu asben aku tu pun mesti kesian tengok aku mata da macam cina sepet, dah kuyu sangat dah...berkali2 aku tanya dia, betul ke ni abg..dia cakap betulll, so aku tak yah la menggosok baju dia yang sememng nya rumit tu..huhu.aku pun mandi pas tu terus la tido sampai tak sedar diri..tu lah xtvt aku bersama suami tersayang....

jauh sudut hati aku ni, aku berdoa supaya pertukaran aku ke melka di luluskan....tak sampai hati tengok suami bawak beg pagi2 setiap isnin, naik moto meredah pagi pergi kerja...orang lain belum bangun tapi dia jam 5.30 pagi dah gerak ke gemencheh...mesti dia menahan sejuk.tapi apa nak buat, aku mesti kuat dan terima dugaan hidup ni berjauhan dengan suami..aku redha jika allah belum bagi lagi kami zuriat, banyak hikmah nya.lagipun syukur aku bahagia dengan suami aku, hidup kami gembira seperti zaman bercinta dulu....allah lebih tahu bila masa yang sesuai untuk kami menimang cahaya mata...

Monday, March 9, 2015

den kuat..

assalammualaikum n hye...

ya allah, pepagi da dapat cite yang buat aku sakit hati, geram, menyampah rasa nak tumbuk orang, rasa nak letak julap dalam air dia..semua yang jahat la aku nak buat kat dia.....Ya allah, kuatkanlah hati aku ni...sabar sabar farina....maafkanlah insan yang bermulut puaka dan busuk itu...semoga bliau mendapat hidayah,dah lupakan si jembalang itu.

sebenarnya kan aku tetiba nak cite rentetan hidup aku dari kecil sampai la aku da bersuami ni, ramai yang tak tahu terutama kawan2 sebab aku jenis yang tak suka bercerita sesuka je kat orang, orang2 yang terpilih aja akan aku cerita, tapi didalam ni biarlah aku tulis agar aku tak lupa di kemudian hari..

zaman remaja aku tak seperti macam rakan2 lain yang bebas ke sana sini, sejak aku darjah 5 lagi aku dah belajar untuk uruskan diri sendiri dan keluarga, masa tu mak terpaksa bekerja bantu abah. bayangkan dalam darjah 5 aku da boleh bawak motor, masak & uruskan rumah bila mak & abah tak ada.
kalau tak silap aku masa tu tahun 1998, selalu sangat tak ada air kat kawasan umah aku tu..selalu ada paip pecah n nak tunggu orang JBA baiki memang lama, kadang2 seminggu. masa tu lah aku bertukar jadi super power puff girl, budak darjah 5 dah pikul baldi bawak basuh kat sungai, 2 buah baldi, baju mak, abah n abang. baju abah tu spesial sikit sebab dari malam kena rendam dulu biar daki2 sume kembang, abah aku tu pembersih sangat2 orang nya..pas tu baru aku bawak ke sungai n basuh. dulu sungai air nya besar, dalam jernih n tak kotor, sekarang tah jadi apa tah.nasib baik masalah paip pecah dah tak ada. dulu aku selalu pinjam kereta sorong mak long aku sebelah umah ni, dia baik sangat2..apa aku nak pinjam dia bagi je tanpa kompromi...mecih mak long...kadang2 kan aku rembat je daun kesom dia yang dia tanam kt tepi jalan.hahaha, bagi betis nak peha kau ni.

masuk je tingkatan 1 kan badan aku yang gedempong ni jadi la macam lisa surihani layaknya, gila ko...ari2 g sekolah sejauh 3km naik beskal...kalau cuaca panas, lagi la lemak aku ni cair...masa time2 remaja dulu..aku mana dapat menghayati sangat, sebab nyer aku ni da mcm mak org je layaknya...bayangkan..dah la mak abah g keje..urusan rumah 100% di bawah jagaan aku, budak lain balik naik beskal buku penuh kat bakul, aku plak kat bakul penuh ngn sayur ngn ikan..alang2 balik sekolah tu dah lalu kedai..beli je la kan.oh ye, dulu mak abah tak bagi aku ngn abang g sekolah naik moto walhal ada je moto, sebab nyer kitorang tak ade lesen n mak risau aku ngn abg merempit.hehe.
ok, balik je rumah makan n tengpok tv rehat2, kalau aku sangat letih aku akan tido sampai kul 4 ptg, kul 4 ptg tu aku da sibuk mengemas rumah, sapu sampah n masuk baju dalam mesin...lepas dah selesai semua tu aku masak plak.masa ni da terer sikit masak, macam masak gulai ke, sambal ke, grg sayur ke...abah n mak makan x de komplen tu kira ok la kan..dah habis masak tu dalam kul 6.30 aku pegi jemput mak balik dari keje kat kilang. kilang tu nak kira jauh, x jauh la dari rumah, ada la dalam 8km, tetapi......perjalanan nak pergi sana tu penuh berliku, jalan yang sunyi..bengkang bengkok, kiri kanan penuh hutan...hari plak nak senja..aku ingat lagi..masa tu aku pakai kapcai buruk je, abah beli dari kawan dia..selalu jugak la lampu depan tercabut, lampu belakang tercicir n moto tu langsung tak ada signal sebab dah rosak...aku tawakal je la masa tu...malam baru buat keje sekolah, jujur aku cakap...malam tu memang aku malas sangat nak buat kerja sekolah n belajar sebab aku da terlalu letih...masa tu mana tahu erti tanggungjawab ke apa, yang aku tahu..mak n abah kerja so aku kena buat.tu aje...budak kan..yang aku heran tu kan, walaupun aku ni tak la rajin sangat beljar, dari tingkatan 1-3 aku pekse dapat no 1.hehehe...markah selalu la paling tinggi dalam kelas, mungkin Allah bantu aku sebab aku membantu ke dua org tua aku...amin...

selama 5 tahun aku berkeadaan macam tu, kawan2 ajak lepak je memang aku tolak mentah2, memang aku tak bergaul bila habis waktu sekolah, dunia aku masa tu masak, berkemas n antar jemput mak balik keje,..aku dapat kenal dunia luar ni pun masa aku naik tingkatan 6, masa tu tinggal di Sekolah Kebangsaan Tunku ampuan Durah.(STAD).hehe. masa tu la baru aku kenal terminal One, tempat femes bebudak sekolah lepak, dating, kenal JJ kat S2 tu...hahaha, naif nyer ko ni parina oii.yela..tetiap minggu outing, haruslah aku melebarkan sayap ini...kesimpulannya, kehidupan aku selama 27 tahun 6 bulan ni memang sangat mencabar, banyak sebenarnya aku nak tulis tapi sikit2 lagi tu biarlah rasia kan...tak semuanya nak bagitau...hehehe..

alhamdulillah...

Assalammualaikum n hye.....

Alahamdulillah....dpat panggilan dari Putrajaya bahagian pertukaran, walaupun belum kompem dapat tukar, dah cukup memadai dah nama aku di cadangkan ditempat berikut..

perasaan aku memula dapat call tu eksaited, sampai pegang hp pun menggigil je..macam betul2 dapat plak kan..tapi jauh sudut hati aku ni berharap sangat dapat tukar, letih dah berulang melaka-seremban. seremban-melaka..dengan duit minyak nyer lagi, tol & makan...lagi satu kesian kat asben yang kena bahagi2 balik rumah, dia lagi la pulak, gemencheh- melaka, gemencheh seremban, ari minggu gemencheh -seremban-melaka..

dalam gembira-gembira ni kan, hati aku tetiba je rasa sedih, macam mana ngn mak abah kalau aku dapat tukar, sapa nak bawak abah g beli barang, sapa nak urut kaki mak malam2, sapa nak borak2 ngn mak bila hari hujan lebat,( mak tak suka ujan lebat, nanti hati dia cepat risau)...dan yang sangat2 aku risaukan kalau mak n abah tak sihat...sapa nak jagakan mak, hanya aku je yang tahu apa mak nak bila mak tak sihat, hanya aku je yang boleh layan & bersabar dengan karenah nya...Ya Allah...sedih sangat2, tapi aku perlu tahu yang aku dah berkeluarga, aku ada suami.tugas isteri ialah mendahului suami, melayan suami..aku kena ikut suami kemana aja dia pergi, tapi alhamdulillah..mujurlah aku dapat suami yang sangat memahami..n alhamdulillah, melaka ni pun tak la jauh sangat, kalau mak n abah memerlukan aku, in sya allah aku akan balik...

aku sentiasa berdoa pada Allah, jadikanlah aku seorang anak yang solehah, yang dapat menjaga kedua ibu bapa ku hingga akhir hayat nya, yang dapat membahagiakan ibu bapaku, dan berbakti pada mereka..janganlah Allah pesongkan hatiku n lupa pada kedua ibu bapaku...walau senang mana kehidupan aku nanti, mak n abah sesekali tidak akan aku lupakan, aku akan bahagiakan mereka berdua, banyak sangat jasa mak n abah dalam membesarkan aku...menjaga ku dengan penuh kasih sayang masa ku terlantar sakit dulu, melihat mak menngis tersedu sedan di waktu malam...mak, andai lah adik dapat selam dalam2 hati mak itu....aku tahu, mak sentiasa doakan agar penyakit aku ini dipindahkan aja padanya, sungguh mulia sangat hati seorang mak..sampai begitu sekali mak sanggup berkorban untuk adik.

raya pertama tahun lalu aku beraya di melaka, malam nk gerak tu pun aku da menangis2 macam orang tak betul, pertama kali seumur hidup raya pertama tanpa mak n abah dan keluarga...rasa sedih sangat2, aku peluk mak, kucup dahi dia, cium pipi dia...mlm raya tu plak mak demam...rasa tak sampai hati plak nak tinggalkan mak macam tu je, tapi apakan daya...aku dah berjnji dengan suami....suami harus di utamakan...


Doa Untuk Ibu Bapa

Ya Allah 
Rendahkanlah suaraku bagi mereka 
Perindahlah ucapanku di depan mereka 
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan 
Lembutkan hatiku untuk mereka 

Ya Allah, 
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas 
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas 
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah 
mereka sebagaimana mereka memeliharaku. 

Ya Allah, 
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan 
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku 
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku 
jadikanlah itu semua penyebab susutnya 
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan 
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah 
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan 
kebaikan berlipat ganda. 

Ya Allah, 
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku, 
Izinkanlah mereka memberi syafa’at untukku. 
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi 
syafa’at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul 
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman 
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu… . 

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha 
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah 
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih. 
 
Amin Ya Rabbul Alamin.. 

mak, abah....walau di mana adik berada, adik tak kan sesekali melupakan mak n abah, mak abah la kekuatan adik selama ni...restukanlah perjalanan hidup adik ni, sesungguhnya semua ni telah di aturkan oleh allah swt...doakanlah kebahagiaan adik di dunia ni bersama suami dan bakal anak adik nanti..semoga penghijrahan adik ni akan merapatkan lagi hubungan istimewa kita sekeluarga nanti..ingatkanlah adik bila adik lupa, tegurlah adik jika adik salah, walau adik dah bersuami, adik masih rindu dengan teguran2 dari mak n abah..adik masih puteri abah dan bidadari mak..selama-lamanya adik nak jadi puteri n bidadari untuk mak n abah...adik sayang mak abah sangat2...

Tuesday, March 3, 2015

jenjalan

Assalammualaikum n hye...

5 hari tak post apa2...bukan malas nak menaip tapi idea dan mood tak ada...ni pun puas panggil mood datang.

nak cite ni, ari sabtu ari tukan , aku sekeluarga balik kampung mak aku kat jelebu tu..dalama tak balik kesian plak kat mak tu..semenjak aku kawin ni jarang bawak dia jalan2 n balik kampung, sebelum aku kawin dulu lagi aku da tanamkan dalam hati ni walau apa pun, aku sesekali takkan abaikan mak aku n tinggalkan rutin kebiasaan aku ngn mak macam sebelum ni, contohya selalu pegi makan sama2, jalan2 kat lake garden sama2...aku akui memang jarang sangat dah aku buat macam tu..tapi apakan daya aku...aku da bersuami dan aku pun dah ada rumah di melaka, nak tak nak kami kena selalu berulang ke sana, jadi bila ada masa macam ni lah aku nak bawa mak tu, bia riang sikit dia n tak ada lah duduk umah je kan. harap2 opis aku ni jadilah buat trip ke langkawi hujung tahun ni..mak da lama sangat nak pergi langkawi tapi tak dapat lagi...harap2 aku dapat la realisasikan impian mak nak naik feri tu...

kami balik hari je pun, pergi pagi n balik petang, dapat lah mak jumpa adik dia n lepaskan rindu dia kat kampung halamannya kan, suami aku ngn abg aku ape lagi, memancing la...kat kampung ni mak cik aku n anak nya aka sepupu aku yang tinggal n jaga umah pusaka ni...kiranya tak de la terbiar kan..aku suka balik kampung time hari2 biasa je, kalau balik masa cuti panjang memang penuh la umah tu..mana tak nya adik beradik mak aku 11 orang kau...tu belum lagi dengan anak masing2, cucu2, cicit2...memang penuh.nak2 si kenit baby usaid tu.dia tu mana lah boleh orang ramai, orang pegang2 dia, orang pandang2 dia maun melalak2 dia nanti, masa balik tu tak ada orang n kitorang boleh baring2 lagi.baby pun tak merengek siap main ngn sepupu2 dia....pendek kata memang heaven la.tenang n damai je..hehehe

malam sabtu pulak, asben aku ajak keluar sebab cuaca panas sangat2..aku ingat g makan satay je sebab da letih baru balik dari kampung, rupanya merempit pegi putrajya lagi...aku follow je la naik moto plak tu...sebenarnya kalau dah selalu pergi tak lah jauh mana pun putrajya dari umah kitorang tu, 30 minit je dari rumah & 20 minit dari semenyih..sampai je sana terus g dataran masjid main rollerblade, sebelum ni pun da penah pergi n main, mula main asik tergolek dan tak oleh imbang badan, kali kedua ni aku main syukur dah boleh balance n bawak laju, tinggal lah asben aku kat belakang, bila tengok balik dah tak ada.rupa2nya dah terjatuh..hahaha..seronok sangat sebab ramai sangat orang, n sapa yang bawak kete tu kompom2 la jem..seb baik aku ngn asben naik moto, boleh cilok2 je..nak balik tu sempat jugak la asben aku usha2 harga rollerblade, not bad la harganya...aku harap sangat dapat beli..tak sabar nak main kat umah melaka.

Thursday, February 26, 2015

i hope its true






Kun Fa yakun, jika Allah mengkehendaki sesuatu, maka terjadi lah ia, dan jika Allah tidak memberi apa yang kita minta, ada hikmah terselindung di sebalik semua ini.


perasaan vs perasan

Assalammualaikum n hye....

Semalam pecah rekod pergi gym ambil masa dalam 2 jam...aku pun tak tahu mana datangnya tenaga yang luar biasa ni, al maklumlah kan da lama tak excersise sejak kawin ni..selalunya 1 jam pun da pancit dan surrender. bagus juga kita bersenam ni, rupa2 nya bersenam ni buat kita lebih sihat dan cergas, dulu aku malas nak bangun pagi, tapi sejak work out ni badan rasa ringan and op kos la perut yang buncit ni rasa kempis sikit.

seperti biasa aku guna spinner 30 minit dan treadmill 30 minit dan sejam lagi angkat besi guna kaki.masa mula2 main gym dulu aku pakai sebat je guna peralatan semua tu, yela eksaited semua alat nak guna, sekali besok nya bangun pagi memang tak boleh nak bangun, satu badan sakit2, paling sadis nak masuk dalam kete pun kena pelan2 sebab semua otot sakit kejung...lepas tu setahun tak tempuh tempat yang nama nya gym sebab trauma.hahaha.

n tahun ni dengan azam baru dan semangat baru aku gagahkan diri ni jugak untuk work out, aku kena kuatkan semangat n buang jejauh perasaan malas, prinsip aku, KAU BUAT, KAU DAPAT..kalau tak buat membesar la lelemak ko kat badan tu, n yang paling sakit hati pakai apa baju pun tak cantik..
berat? nak tau berat aku? nanti2 lah...bila aku da dapat berat yang aku nak baru aku bagitau berat aku berapa. tapi dari dengar2 orang cakap, badan aku ni tak la berapa besar sangat cuma perut yang makin maju ke depan ni yang buat badan aku nampak lebih besar, kalau aku cakap berat aku dot dot ni lah, kompem orang tak pecaya, n ayat yang selalu dorang cakap asal badan ko tak macam berat ko..maknanya berat aku melebihi bentuk badan aku n sangat2 berat...aku pun tak tahu kenapa..mungkin aku berat otot di tambah dengan lemak tepu. tapi kan aku penah guna penimbang digital yang boleh trace otot, lemak , motabalisme n air dalam badan, ternyata mengikut penimbang tu aku kurang air dalam badan dat y perut buncit, lepas tu metabolisme aku tinggi menyamai motabalisme lelaki n ternyata benar otot aku padu, mungkin sebab tu orang tengok aku ni pakai baju saiz L tapi berat da macam xxxl.berat otot...kalau la aku dapat singkirkan lemak tepu n yang berkumpul kat perut ni aku la manusia yang paling bahagia sekali...

Sebenarnya kan, dalam aku dok2 berwork out ni, aku risau jugak kot2 aku ni peknen ke kan sebab aku memang tengah TTC (try to conceive), sebab nya minggu lepas aku wat cek upt timbullah line T yang sangat2 samar...tapi memang nampak lah dari mata kasar. n selepas tu aku g farmasi n beli lagi upt test tuk kepastian, akan tetapi resultnye -ve n hanya satu line saja yang timbul, line T tu memang x nampak langsung, masa tu aku buat dalam tengahri, kul 12 rasanya.

aku pun da gugle cara bersenam untuk yang awal kehamilan, yela kot2 ade isi plak kan..kat gugle tu tulis kalau sebelum ni da biasa bersenam n berjoging tak jadi masalah pun tapi jangan teruk2 la.sebelum ni pun aku da memang biasa berjoging kat area umah tu dalam 1 km tetiap hari, kalau tak lari aku jalan je...rasa nya ok kot...tapi tu kalau di sahkan peknen, kalau belum tiba rezeki lagi, aku redha aje..lagipun macam 2 aku nak buat ngn asben ni..banyak plan A. B, C yang dah kami atur..hidup berdua ni memang macam2 la benda nak buat...nak2 asben ni kaki jalan..

Wednesday, February 25, 2015

IDAMAN ....








Image result for gambar rollerblade



aku dapat rasakan yg sikit je masa lagi aku akan dapat memiliki benda ni....sabar farina sabar...
pedulik kan kata org yang benda ni budak2 je boleh main, maapkan mereka.hehehe
kadang2 kan aku terpikir gak, kalau aku beli benda ni, pas tu aku peknen n ada baby...bila masa nyer lagi aku nak main lagi...n my hero aka asben pun jawab lah...jangan jadikan anak sebagai alasan untuk kita menyekat keinginan kita...nanti boleh je guna sambil tolak stroller baby kan..maun terbahak2 bby aku gelak kesukaan nnti.hehehe..

in syaa allah akan dapat milikinya...idaman sejak kecil lagi, dulu menangis2 suh abah belikan, tapi mana ada duit..dulu susah...sob sob...
nanti aku story lagi ea bila da sahih dapat benda ni...

AKU MENULIS BUKAN KERNA NAMA..

Bukan Kerana Nama

Jangan kau pandang bibir yang manis
Kerana dia bisa menghancurkan
Jangan kau pandang wajah yang indah
Kerana dia bisa meracunmu

Dengarlah hai teman
Dengarkan bersama
Aku menulis bukan kerna nama
Kerna sifat kasih
Pada sesama insan
Dan menyatakan kasih sayangmu
Kita sama semuanya sama
Apa yang ada hanyalah kehidupan

Jangan kau dengar puisi dusta
Kerana dia bisa merosakkan jiwamu
Dengarkanlah puisi di pusaka
Yang telah turun temurun hari ini

Jangan kau alas hatimu itu
Dengan secebis warna kehitaman
Dialah seperti anai-anai
Lambat laun hancurlah dirimu


selamat menghayati lagu ini..

Tuesday, February 24, 2015

bakar lemak di OHM Fitness centre, Cheng melaka

Assalammualaikum n hye...

Pagi ni semangat sikit nk menulis, nak ambil mood bekerja dulu... ari sabtu lepas masa CNY tu kan, asben aku janji nak bawak aku g gym...aku pun tunggu la kot nak bawak petang tu ke kan, rupa nya nak g malam.ok la...janji dapat pegi..
sampai kat gym cheng melaka tu, ngah siap2 pakai kasut asben aku bagitau kasut dia terkopak...aduiii, aku da semangat berkobar2 ni la kasut nyer buat hal....nasib baik lah tukang baiki kasut betul2 duk kat pintu masuk gym tu.nak menunggu kasut tu siap di baiki pun bukan main la lama, sejam lebih la aku menunggu, sebab nyer tukang kasut baiki orang lain punya dulu..muka aku da bosan da n nampak asben aku serba salah..aku bosan aku pun pegi lah jenjalan kat supermarket dulu....tapi kan memang bosan,prinsip hidup aku ialah, masa itu emas n aku memang x suka menunggu n buat orang tertunggu2, benda ni lah yang abah ajar aku sejak kecil..macam berjanji..kalau x boleh ditepati jgn berjanji, kalau berjanji pun kena tepati...korang paham x apa aku tulis ni?
tapi x pela, aku pun kesian tengok suami aku, dia pun x tau benda ni nak jadi, kasut tetiba kopak kan..dari ini lah aku belajar untuk bersabar, kalau bujang dulu ikut kepala sendiri je, sekarang da kahwin kena fikirkan perasaan orang lain juga terutama suami.pukul 8 suku malam baru siap kasut tu, walaupun lambat tapi berbaloi sbb brader tu jahit kemas n sangat teliti..

nampak tak kat bahagian hujung tu ada lampu2 ngelip kan, gile ar gym ni..mmg gempak! da la barang banyak, lengkap semua ada.
towel lap peluh pun ada di sediakan sekali..towel bersih n wangi tau..
da sampai gymtu asben aku ajar la sikit2 cara guna peralatan gym tu..aku main spinner, treadmill n tuk sit up tu, ntah ape nama nya aku pun tak tau..suasana dalam gym tu kan memang meriah, pestime aku g gym ade lampu ngelip2, pusing2 macam disko tu, ngn rentak tecno lagi..memang best,secara tak langsung buat diri kita lebih semangat, tujuan dia buat lagu rentak techno tu asben aku baagitau, bila naik spinner tu kita boleh ikut rentak lagu tu, kalau lagu tu rentak laju, ko kayuh la laju2 sampai tercabut lutut ko tu pun x pe, hihi, n kalau rentak tu pelan ko kayuh la pelan2...best kan? best oo...lupa yang diri ko tu letih...

aku memang suka bersenam ni, selain nak sihat, aku pun nak jugak cantik di mata suami aku, isteri mithali haruslah ada gaya mutu & keunggulan. dan yang paling penting, bila badan ringan fitt, kita nak beribadah pun mudah kan..tu yang sebenar nyer ye kawan2.

ok, bila da balik semban, aku g gym kat mantin.dekat je ngn umah, dalam 10 minit da sampai..aku balik keje kul 5 terus pegi sampai kul 7..alhamdulillah, ade brader ni baik hati jadi trainer aku.t x la aku main sebat je kan bersenam.
sasaran aku sekarang ialah nak kempiskan perut macam orang mengandung ni, ni sah2 berjangkit dari asben aku.yela..hati senang, selera pun senang...badan pun makin bambam, siyesly ok, lepas kawin ni ko memang x perasan pun badan ko tu gemok, sebab ko akan rasa badan ko kurus jee..yela..still fefeling pakai baju pengantin, kalau ko ade rasa macam tu cepat2 la sedar dari mimpi n muhasabah la diri tu n yang paling penting g timbang. da timbang aku harap korang jgn la plak sawan @ meroyan ye tengok berat yang mendadak naik, cool bebeh..semua org pun cenggitu, asal asben ko sayang ok..tapi kena la ambil inisiatif sendri, mmg la asben dok cakap sayang2, abg ok je, abg x kisah pun..no no no....sebelum dia memuji2 wanita di luar sana, lebih baik aku susun plan dari sekarang...suami kita hak kita.hihi.
btw, syukur alhamdulillah aku dapat asben yang selalu menyokong, bagi support kat aku..dia x menghalang pun apa yang aku nak buat.n aku janji akan gunakan kepercayan dia tu dengan sebaik nya...
i love u abang, tenkiu 4 ur motivate..

makan angin di melaka

Assalammualaikum n hye..

Jumaat malam masa cuti hari tu aku ajak asben g jenjalan, siyes..pening kepala aku duduk umah tak ade buat ape.bukan lah bosan mengadap muka suami, cuma tak ada aktiviti yang nak di buat. kami pun putuskan ajak sekali MIL ngn adik ipar ainaa kuar makan roti canai n jenjalan pusing melaka..

kat melaka ni, orang2 nyer suka makan waktu malam dan banyak kedai n warung2 kecik di bukak.kebanyakannya jual roti canai, mee goreng, kat semban ni kedai mamak je jual roti canai malam2.malam tu aku makan mihun sup je sebab aku da kenyang makan nasi sambal sotong siang tu.asben, mil n adik ipar sume order roti canai, yang spesel nyer kan, roti canai dorang bukan cicah kari macam kedai mamak tu, tapi cicah asam pedas n ade jugak cicah kuah kacang, tapi aku suka lagi asam pedas..memang sedap rasanya..dekat melaka ni, apa nak makan semua ada, tapi kena rajin carik..n yang selalu aku peratikan lah, yang warung2 tu la selalu nya masakan nya sedap, yang kedai ala2 pavilion tu macam kurang kick la..ha tu pengalaman aku n tekak aku., lau tekak korang aku tak tahu lah...
lepas je makan2 tu asben bawak kitorang pusing2 bandar melaka, memang sebiji macam driver terlatih asben aku ni, siap ade penerangan lagi.hehehe.
siyesly bandar melaka waktu malam memang hidup dan banyak kereta, terang benderang macam kat keyel tu..seronok aku tengok lampu ngelip2 tu...lepas tu asben aku bawak kitorang g Pirate Park..

Melaka River Pirate Park

Salah satu tarikan terbaru yang boleh dilihat sepanjang Sungai Melaka ialah sebuah taman tema air bernama Melaka River Pirate Park. Tiga tarikan di sini ialah Ferris Wheel yang sekarang terkenal dengan nama Eye On Melaka, Pirate Ship dan Tramboline Bungee. Tarikan terbaru Melaka kini lebih terkenal di kalangan pelancong dan keluarga.










ni la tempat tu, cantik kan waktu malam, ni aku amik kat gugle.aku suka tengok bangunan tu berwarna warni.
aku dan sil yang cantik..macam bollywood kan muka dia.
suka nyer dia...
mentang lah kat pirate park, yang abg buat muka cam lanun tu kenapa, ingat syg takut ke?wekkk
my Mil...pun sama macam pelakon filem hindustan kan, tapi asben aku asal langsung tak ade setitik pun muka cam arjun rampal?konpis konpius...
eye on..nak naik tapi gayat.
paya bakau yang tumbuh subur di bawah jambatan...
ni tempat pejalan kaki..panjang oo..jauh jugak la berjalan.aku takut kayu tu mereput je.
ni pemandangan dari stage, ade pentas tau kat sini.boleh lambai2 dan main tarik2 tangan ngn org yang naik river cruise tu.ok tipu.hahaha
ha, nampak tu mereka2 yang naik river cruise, aku nak naik tapi da malam, da tutup.
Jambatan Datuk Mohd Zin, jambatan ni boleh tukar2 kaler.
ha...ni la lampu2 yang menggamit2 aku untuk ke sini, dari jauh da nampak da, melalak2 la aku suh asben bawak...sekarang da sampai..

malam tu sampai umah dekat 2 pagi, tapi still ramai lagi orang. berdekatan situ ade fun fair, tapi malas aku nak pegi sebab da mengantok sangat2.

Monday, February 23, 2015

SEKERIM PASU

Assalammualaikum n hye...

ni nak cite ni....lepas habis majlis besday bebudak ni kan, malam tu MIL aku ajak g umah mak we, nenek asben aku...mak we ni ialah nenek@uwan..org melake panggil mak we...aku mmg suka pegi umah mak we ni, umah dia kat pantai puteri..seberang jalan nyer laut...mmg best sangat2 malam2 amik angin laut..dulu kan masa zaman remaja selalu berangan nak suami buatkan rumah tepi laut, tapi tak pe lah..dapat mak we umah tepi laut pun ok..malam tu memang ramai sangat orang dari biasa..yela CNY kan..banyak orang jual barang2 kat tepi jalan da macam pasar malam da suasananya..
da lepak2 n borak2 umah mak we tu aku ajak la asben aku g jenjalan tepi pantai..tujuan nya ialah nak cari sekerim pasu yang ngh hot sekarang ni..aku pun pegi la siap bawak bebudak2 ni..aku siap main jongkang jongket lagi, dapatlah feel jadi kanak2 balik.terkebil2 je la dak azim besday boy tu tengok antie dia mcm org x betul..hahaha..
kitorang jalan2 sekejap je sebab asben aku malas nak bawak bebudak ni sebab lasak, asik bergaduh je c azim ngn kakak2 dia tu...sebelum balik tu asben aku belikan lah sekerim pasu tu sorang satu...mahal jgk sekerim ni, 1 bekas kecik rm5 n besar sikit rm6..rasa biasa je, cuma dia ade la letakkan oreo hancur, kcg tumbuk, rainbow rice, jeli n machmallow...boleh la dari x de kan..t boleh la aku eksen ngn kawan opis aku..pe, ingt dia je da makan sekerim pasu, aku pun ada tau...
sebenarnya kan, malam tu aku x puas makan sekerim pasu tu, walaupun ianya biasa2 je..tapi x tau la napa mcm x puas je..mungkin sikit atau mungkin sedap cuma aku je malas nak ngaku.hihihi. besok nya tu, aku ajak lagi asben aku g beli...kali ni aku makan sorang je, mmg x kongsi pun ngn asben..seb baik dia x mintak...






tadaa!ni lah sekerim pasu tu, pasu tu comey je kan,sllu org buat tanam kaktus...aku buat tanam serai dengan bawang.letak kat sinki dapur, t da tumbuh boleh buat masak.

sekerim pasu:
rm5 (kecik)
rm6 ( besar)
lokasi:pantai puteri, melaka tengah.kat klebang pun ado.
rasa, sedap. saya bagi 5 bintang.

berehat rehat

Assalammualaikum n hye...

banyak ni nak update selama bercuti 4 hari..heheh.
Bismillahirrahmannirrahim..

4 hari cuti aku lepak kat umah kami di melaka...balik rabu malam..esok nyer mak mertua aku da call akk.ipar aku nak sambut besday anak dia kat umah mak mertua, kepala aku da pening ape benda aku nak bawak bagi bebudak ni makan, mcm2 idea laki aku bagi, memula nak buat mihun grg tomyam, k.ipar aku plak da tempah,.nak masak rendang ayam mak mertua aku plak da masak, last2 paling senang aku wat roti bakar perancis ngan sup cendawan ala2 piza tu....tengahri tu kami laki bini berlenggang2 kangkung la g mencari roti tu, rupanya mencabar betul nak beli roti ni, yela..kedai sume tutup..g family store tutup, g giant plak roti nyer plak kalau baling kat dinding, dinding yang retak..mungkin da lama kan, pas tu aku da hangin nak marah sbb carik roti perancis tu x jumpa2..last place kami carik kat tesco cheng, berpusing2 satu melaka tu semata nak carik roti tu. syukur ade jumpa...cun2 tinggal 4 batang je.aku pun rembat la 4 batang tu n beli sup cendawan dalam tin tu 3. lepas beli tu aku pun membebel la dalam  kete, orang melayu kena lebih berusaha, tengok apa sudah jadi, cina yang raya melayu kelam kabut...laki aku diam je, malas nak layan. sampai je umah dalam pukul 2.30..kelam kabut plak nak masak dulu..dalam ngh masak tu biras aku sebelah umah ( rezeki kami dapat beli umah sebelah menyebelah) call suh tolong buatkan deko2 kek tuk besday petang ni, aku sebenarnya x de masa tapi kesian plak tengok anak2 buah aku tu da siap keluarkan pen marker ngn kertas warna.aku pun tolonglah buat kan, ntah jadi ape ntah aku pun x tau.dorang ckp cantik aku pun ok la.da siap sume tu aku berlari plk balik nk bakar roti..senng je nk buatnyer tp cite je gempak kan.haha.mak mentua aku ckp mjlis lpas asar tp aku sibuk bkar roti da trljak sampai kul 5.besdasy boy da marah sebb kek x sampai2.hihi..seb baiklah sup cendawan tu tggl nk lebur je dlm piuk..sampai2 je umah mak mentua sume da ada..tggl aku je ngn fmily along blm sampai..yela..cvm ne mjlis nk mula dlu kalau kek kt kitorang.
alhamdulillah roti aku ngn sup cendawan habis, licin...bebudak ni suka sangat2..t antie buat lgi ea...
 nmpk x tulisan tu, aku la yg buat dlm msa 5 minit, siap kaler2 lgi..mmg sah2 la x cantik kan..sbb tangn antie ni kejung x kretip.anak buah belah somi pnggil aku antie, no mak cik ok.haha.
ni adik ipar aku yg genius,result pekse sume skor A lah, sekolah form5 kt MRSM kem terendak.ainaa, t dptkan result gempak tau..mna tau dpt bljar kt korea,dpt akk ngn acik g mlncong.hihi.n c kecik tu azim anak k.ngah.besday boy.


ha...amik ko, penuh umah mak ngn cucu2...cuma anak aku ngn asben je blm ade lgi...sobsob...






Thursday, February 19, 2015

Ya Allah, kuatkan hatiku..

Terima kasih Ya Allah beri aku rasa nikmat rasa bahagia itu tuk seketika.
jika ujian sekecil ni aku x mmpu untuk terima, cm mna nk trima ujian yg besar kan..x pela...aku akan terima dengan hati yg terbuka...aku sebenarnya x kuat ya allah..tp berpura2 kuat tu lgi sakit perasaan ni...

moga ada lgi peluang tuk aku pd hari esok, tulat n seterusnya...im waiting...............................................................................................

Tuesday, February 17, 2015

SeLaMaT tAhuN bArU CiNa

Assalammualaikum n hye...
ari ni bebudak da setat cuti sekolah, aduii..aku lemah betul lah kalau budak cuti ni...opis jadi senyap sunyi, kepala aku jadi blank...keje banyak tapi x tau nak mula dari mana.
 i need new situation in working..11.2.2015 ari tu genap 6 tahun aku berkhidmat di sekolah ni...lama jugak la tu kan..masuk keje di HTJ 2 tahun, so da 8 tahun aku bekerja, sekejap je masa berlalu...

Aku da 3x minta transfer ke melaka sebab nk ikut asben, asben aku asal melaka n da beli rumah kat sana, so kena la ikut..aku kan bercita2 nak jadi isteri mithali dalam menuju syurga abadi...amin...
tapi sampai sekarang masih tiada kekosongan tempat yang aku mohon tu...aku harap kali ni rezeki berpihak pada aku..x sanggup da nak berulang tetiap minggu, dengan kos makan nyer, kos minyak nyer...

ni sekarang kat opis ngah wat keje sikit2 sebab x sabar nak balik melka n bercuti, ala....bercuti pun duk umah je..main masak2 ngn asben..tu la keje kami, kalau boring sangat g la tengok wayang, skng x de plk cite best kata nyer, aku ajak tengok SUAMIKU EN PERFECT 10  x nak plak...geram je tau...

aku harap ade la aktiviti yang menarik boleh aku ngn asben buat...t kalau ada aku akan tepekkan la kat blog ni...

bila CNY ni dtg kan, abah aku mula la bukak cite, dulu masa kecik2 abah ngn mak akan bawak aku ngn abg g jnjalan..abah aku cakap masa jenjalan tu ade la tarian singa, abah masa tu dukung aku n letak aku kat bahu dia..abah cakap lepas habis je tengok tarian singa tu aku melalak2 nangis, abah ingat aku takut rupanya abah cakap aku suruh abah bawak balik kepala singa tu..abah cakap lah naik teksi cm no nak punggah bawak balik.lat2 abah beli patung doremon yang besar.hahahaha, aku cakap la, abah ni macam tipu je..yela, mas tu aku kecik mana nk ingt kan...abah cakap perangai ko ni mmg pelik.aku dengar cite abah pun terbahak2 tergelak..x kan lah aku mcm tu sekali, tp x dinafikan sampai sekarang aku mmg impress sangat tengok tarian singa tu, tarian naga kurang sikit, mungkin singa lagi comel dari naga.hahahaha. perangai aku ni dari kecik sampai besar mmg pelik, asben aku pun cakap cenggitu.aku rasa aku ok je kot, x de pun yang pelik nyer.x pela...hanya mereka je yang tahu...janji kami sekeluarga bahagia...




Image result for gambar tarian tradisional cina

comey kan singa ni...



naga ni x comey pun, garang n poyo je muka dia..





nah!mei mei bagi limau tu, amik lah...
x nak lah mei mei, aku da dapat 3 kotak limau da...kang berasid plak 1 badan aku mkn limau ko yng banyak tu..

SELAMAT TAHUN BARU CINA MEI MEI N RAKAN SEAGAMA MAHUPUN SEDARA NYER N KAUM KERABAT NYER...jangan minum air gas banyak2 sbb aku tengok kaum ko ni banyak betul beli air tin kat mall..bertroli2..ingt ni mei mei...ha! angpaou aku mana?mana?


PENGALAMAN ADALAH SUATU KENANGAN YANG PALING BERNILAI DAN BERHARGA.

assalammualaikum n hye...

meh sini nak dengar cite tak/ la..bukan cite apa pun..cite time memula nak jadi dewasa ni la...
habis je SPM kan abah aku da ade rancangan tuk anak dara dia yg sorang ni, hari ni habis SPM besok nyer plak pepagi abah dah bawak aku g daftar kelas belajar memandu. aku pe lagi, suka la..x sabar nak bawak kete..masa zaman tuh tengah hits cite ADA APA NGN CINTA alaa, yang pelakon llki nyer nama rangga n pempuan tu Cinta tu...aku stat minat nak bawak kete masa tengok cinta tu drive la..best plak sekolah lagi da pandai drive kan...aku terus amik lesen kete moto sekali, masa tu x la semahal sekarang, dulu dalam 900 je, skang aku rasa da capai tahap ribu2 da...aku test kete sekali je da lulus JPJ da, bangga oii, tapi moto plak sangkut, aku x puas hati aku tanya la org JPJ tu asal plak saya gagal, padahal sume ujian saya berjya, ada ke patut dia cakap akku bawak laju masa kat trek..aku x puas hati aku lawan balik, mana encik tahu saya bawak laju, padahal time tengah memandu tadi saya nampak encik berbual...dalam masa tu kan aku bantai menangis teresak2, aku x tau kenapa tetiba plak aku tacing..sedih sangat2 sebab gagal..mungkin aku kesian kat abah yang kena hantar aku pepagi pas tu plak kalau gagal kena bayar lagi..n lagi satu sebab cuaca yang panas n nak tunggu turn bukan main lama lagi..tu la sebab aku nangis kot...tapi aku rasa alasan tu tak kukuh..kelakar plak bila ingat,masa aku nngis teresak2 tu kan encik jpj tu hulurkan aku air n roti, mungkin dia beranggapan aku ni lapar..hahahaha..n lepas tu mungkin die kesian sangat2 kat aku dia bagi free je tuk second test..dia suh dtg je besok..baru lah aku diam.da ucap mekasih aku pun balik. tu je...macam katun la ko ni parina.

ok, lepas habis belajar memandu tu, besok pagi nya tu aku g carik keje, aku carik keje ni x bagi tau abah pun, masa tu mak aku mmg keje kilang..masa SPM lagi cita2 aku nak keje kilang yng sama ngn mak aku tuh, dengan tujuan dapat lah aku tengok2 kan mak aku tu n nnti x yah la susah2 aku hantar n amik mak balik dari keje tetiap hari..MATI AKU KALAU MAK TAHU CITA2 AKU NAK JADI PEKERJA KILANG DULU. aku ingtkan keje kilang ni senang, rupanya serik sangat2 bayangkan badan aku yang gedempol dulu boleh jadi kurus keding, aku x perasan tapi orang yang tegur...masa tu x heran pun nak kurus2 ni, yang herannya nak keje n dapat duit sendiri..pengalaman yang mematangkan n yang menggerakkan adreanalin aku masa keje kilang ni, aku tengok macam mana susah nya mak aku bekerja, dalam masa yang sama aku turut rasa keperitan n kepayahan mak aku dalam mencari rezeki..bayangkan kotak yang penuh dengan air 1 liter ade 12 botol kena angkat dan letak kat atas mesin...tapi nasib baik lah aku dulu comel n ramai peminat, ade je jejaka indon tolong angkat kan. aku keja kilang tu 2 bulan je sbb nyer pas dpt result spm abah suh aku sambung form6.

malas nak cite time form6 sbb banyak pahit dari manis. tepuk tangan, ok cite da habis.lalalala
_________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________TIADA_____________________________________________________________________________________________________________________________

ok, habis je form 6 aku duk umah dalam seminggu...lepas tu mak su kesayangan aku ni bagitau ade interview kat Hospital Tuanku Jaafar (HTJ)..jawatan Pembantu Am rendah (PAP) sambilan..masa ni kan ingt jwatan PAP tu besar2 la kengkonon.yela, keje gomen...aku pun pegi lah hari tu ngn tumpang mak su aku ni..masa sampai tu aku ingat ada 8 org je yang datang n kelapan2 ni diterima bekerja sebagai PAP sambilan...so besok nya bermula lah kerjaya aku di HTJ sebagai PAP sambilan n di tempatkan di Unit Rekod Perubatan..masa memula masuk Unit Rekod ni kan, kening aku bercantum, opis nya penuh dengan rekod2 hijau..pas tu sempit lagi..muka staf2 dia pun ketat semacam je n ramai pempuan dari lelaki. tugas aku di Unit rekod ni ngn kengkawan ialah serupa mcm buruh jgk la...jgn perasan la ko nak pegang pen ngn kertas, keje kitorang cari rekod, susun rekod yang beribu riban tu, n buat tagging.ala...tulis bebanyak pun korang bukan tau apa aku tulis kan...
dekat Unit Rekod ni kan, aku kenal ramai kawan, termasuk la akak2 yang memula muka ketat tu da jadi best frend aku, sangat rapat..dorang ni rupanya muka je ketat tapi sangat2 baik hati, membantu kami,kelakar n yang paling penting sengal macam aku...aku rasa la kan, jarang sangat aku cuti masa keje di HTJ ni..kalau cuti rasa rugi sangat2 sbb kawan2 sume kelakar..walaupun keje sangat2 letih ibarat mcm buruh tapi bila dah ketawa bersama menngis bersama tu, rasa letih tu hilang..ok, ni antara nama yang aku ingat masa jadi PAP sambilan dulu
1.kak zidah (ni pling tua, masa tu umur dia 23 thn) skng da kawin n ade bby.
2.wan hitam legam( paling jahat n paling la banyak mmbntu masa kete rosak)
3.syam.( dia ni mcm lalok skit, tapi rajin la jgk)
4.fadil ( paling muda masa ni bru hbis spm umur 18 thn, ensem n sweet wlupun ade jerawat batu)
5.farah.(habis spm)
6.ikmal(sama)
7.wani( dia ni weng sikit sebab dulu x cident)
8.aku la...

bila da hampir setahun sorang2 berhenti sebab ade yang sambung beljar, ada yang dapat keje tetap, ade yang berenti sbb x tahan kena toture ngn akk muka ketat.hahaha.aku rasa aku yang pling lama batch aku tu, alhamdulillah dengan skill kerja yang rajin, x penah ponteng, menurut perintah n muka selalu senyum aku di naikkan pangkat jadi PEMBANTU TADBIR N17 (SAMBILAN). masa ni gaji naik la sikit dari 700 lebih jadi 900 lebih, plus OT ade la dalam 1200 aku dapat, masa ni la dapat pegang pen kertas, aku di tugaskan untuk mengkey in maklumat diri pesakit masuk dalam sistem..masa aku kerja ni kan, banyak jgk la aku dapat kurang kan beban mak aku, sebulan aku bagi mak 200, separuh perabot dalam umah tu aku dapat beli n yang pling best dapat simpan duit sikit kat asb.(tp skng da hbis)
 jom layan gambar2 akk kesayangan aku yang sengal cantik menarik kebabom..


abg pian yang lelaki tu..haha, op kos la dia sorang je llki kat situ parina, yang muka bulat pipi penuh tu kak lily surida, akk kesayangan aku, tapi x tau la dia syg aku ke x.hiks! n yang manis ade pipi berlubang (lesung pipit) ,saje je la tuh nk tunjuk lesung pipit ea tu nama nyer  kak rohaida.



kak lily oo kak lily...senyum lebar la sikit, sakit gigi ke..

ha, ni kak yati..dulu free hair n agak seksi sikit.sekarang dah berhijab alahmdulillah, ko jgn memain ngn akk ni, mulut dia mmg berbisa, kalah ular tedung cobra tuh, tapi dia sangat baik hati, sellu bagi jajan klu dia g holiday.resepi kek batik aku amik kt dia la..

sekarang Unit rekod da cantik da, x mcm dedulu aku masuk dulu.da la sempit..pintu pun kayu je, mkn dek anai2 pe yang tggal?skng da guna pintu cermin..

ha, tengok ni, bnyak kan natang hijau tu...mcm nk goboh almari tu aku tengok.



btw, rindu sangat2 ngn situasi keje sini, sangat2 rindu..walaupun ada yang pahit, tapi aku akan jadikan yang pahit tu sebagai pengalaman aku dalam menempuh hidup ni akan datang...aku rindu gelak ketawa akk2 yang baik n sporting, aku rindu nak kenakan kak ghandi (bukan ex menteri India tau) rindu nak beli nasi ayam ngn misup kat cafe, rindu nak makan nasi kat bilik fail ngn k.lily time puasa( wanita je), rindu nak gotong royong angkat fail masuk lam lori...semua aku rindu...aku rindu n sayang kawan2 aku, kak, maafkan kita ye kalau ade salah silap dulu..

Monday, February 16, 2015

kuatnya wanita

"~~Bila Allah cepat makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu. Bila Allah lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu. Bila Allah tidak makbulkan doamu, maka dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu. Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada Allah dalam apa jua keadaan pun, kerana kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaanNya~~" 

ISTIMEWANYA WANITA
" Wanita yang memerah susu binatang dengan "Bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan."
" Wanita yang menguli tepung gandum dengan "Bismillah" Allah akan berkatkan rezekinya."
" Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah"
" Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi,"
" Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat."
" Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang yang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas takhta di Hari Akhirat."
" Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan dibuatnya pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatatkan baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian."
" Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkansebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya."
" Sabda Nabi S.A.W: "Ya Fatimah, barang mana wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum akan dia dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya Sakaratul Maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman Syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shirat."



Ciri-Ciri Wanita Solehah:
Sabda Rasulullah s.a.w ; orang yang paling sempurna di antara mereka yang beriman ialah yang paling baik budi pekerti, dan yang terbaik di antara kamu ialah mereka yang paling baik terhadap keluarga. (riwayat Al-Tarmizi)

Mentaati dan menyenangkan hati ibu

Perempuan yang menjaga agamanya adalah satu keuntungan

Mentaati suami dan menjaga kehormatan diri ketika ketiadaan suami (bagi yang telah bersuami)
Kesederhanaan dan kemurnian merupakan sebahagian daripada iman

Tidak menceritakan keaiban suami kepada orang lain (bagi yang telah bersuami)

Wanita disuruh menutup kecantikannya kecuali kepada suami, saudara terdekat, pembantu rumah dan kanak-kanak yang belum mengerti tentang seks

Kesopanan adalah sebahagian dari iman dan iman itu tempatnya di syurga (riwayat Ahmad dan Al-Tarmizi)

"Menetaplah di rumah dan janganlah mempamerkan perhiasan dan kecantikan kamu kepada orang-orang asing seperti mana wanita jahiliah (surah Al-Ahzab:33)

Menjaga pergaulan di antara lelaki dan wanita



Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat,
2 rakaat solat dari wanita yan
KELEBIHAN SEORANG WANITA
Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali,
Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh,g hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil,
Wanita yang memberi minum susu dada kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah didalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.
Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.
Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.
Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada sianghari.
Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati syahid.
Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
Jika wanita memberi susu dadanya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.
Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.
Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.



Idola : im adore u adiela safiyyani

Assalammualaikum n hye..

sebenarnyer kan idea ari ni kosong sangat, tak tau mana pegi nyer idea yang mencurah2 tu..tengah belek2 fb tetibe aku ternampak page adik manis ni, terus stalker....masya allah cantik sangat2...tutup aurat plak tu...aku sart impress ngan dia ni bila tengok gambar dia yg dulunya berisi skng da slim melim n cun melecun, dari situ aku encourage diri aku,.kalau dia boleh knpa aku tidak kan?

sebenarnya aku ni dulu x la dikira obes, dulu berat dalam linkungan 60-63kg je..just so so je.tapi ade satu insiden yang berlaku sampai lah aku sekang da macam anak gajah da ghupenyer.tu entry lain aku cite ea, skang aku nak cite sal adik manis ni je dlu..

adik ni mmg cntik even x makeup, agak nya dia ni kacukan kot..x tau kenapa nak tengok dia je..aku google jgak kot2 dia ade rasia selim, tapi x ade plak..n aku dapat tahu dia ni model tuk pakaian muslimah..

skng tengah viral sal dia ni, orang tuduh dia kaki kikis harta, yela..klau tengok asben dia tu biasa2 je..n dia plak cantik bak bidadari..tapi kan ape masalah nya kan kalu suami dia wajah biasa2 je..korang ni mmg melampau menuduh orang..cth yang harus di puji dia membalas kenyataan org yg menuduh dia tu, dia cakap suami dia tu kerja bawak lori je n dia bukan kaki kikis harta..dia x melenting pun..aduh..beruntung nya suami dia ni..budi pekerti nyer secantik wajah nya...

pasangan bahagia ni tengah menunggu kelahiran anak sulung mereka...semoga adik manis ni terus berjaya n selmat melahirkan baby yang sihat n comel.

adiela

seman



kalau nak tengok gambar dia yang cun2 lagi, korang google jela ea...