Monday, March 23, 2015

posting..

assalammualaikum n hye...

arini result pertukaran di jangka keluar, tapi aku tunggu punya tunggu masih tak keluar lagi, main2 betul la org KPM ni kan...aku da berangan setinggi gunung dah ni, tak sabar nak tinggal berdua dengan hubby, lepas ni kalau ada rezeki ari2 la bergaduh, ari2 la dapat manja.hehhe.yang tak best nya plak ari2 aku kena bangun awal dari dia, sebab nya kami dah buat perjanjian hudaibiyah, hihi..bahawa kami akan melaksanakan langkah2 penjimatan dengan bawak bekal pergi opis.ha! bernas kan idea aku, dat y la aku kena bangun pepagi untuk masak, n my hubby pun setuju.

malam tadi dalam perjalanan nak balik, aku dengan hubby aku set time dari rumah ke sekolah yang bakal aku berkhidmat tu, tolak tambah bahagi darab masuk jem ade la dalam 30 minit, sekali ganda dari sekarang, tapi tak pa lah, aku dah bersedia pun..bersyukur sangat kalau dapat...

aku juga dari sekarang dah bersedia dari segi mental dan emosi jika ditakdirkan belum berjaya. aku percaya setiap apa yang berlaku terselindung hikmah nya.cuma kita aja yang tak nampak kan...aku ok je, dapat aku berbakti kepada mak abah aku, dapat jugak aku urut 2 kaki mak abah aku...mungkin orang yang berjaya tu dah lama dia tunggu untuk bertukar, yang paling kesian yang ada anak suami, terpaksa meninggalkan mereka demi tugas dan mencari sesuap rezeki.aku yang seminggu ni pun tinggalkan usaid tu dah naik sasau, apatah lagi la kalau yang anak kandung tu kan...walau pahit keputusan tu, aku terpaksa terima jugak, takkan aku nak nangis keluar air mata darah plak kot.aku harap sangat suami aku bersabar dalam hubungan jarak jauh ni...aku dah berdoa dan berusaha, selebihnya Allah saja yang menentukan nya.




No comments:

Post a Comment