assalammualaikum...
pagi tadi dalam perjalanan ke opis, aku bukak lah radio Sinar Fm.
pagi ni jemputan dia imam muda ustaz ashraf. menitik air mata aku bila dengar panggilan dari seorang ibu, di cerita anak dia salah seorang pelajar harapan sekolah dan op kos lah harapan mak n ayah nya. tetapi bila dapat result semalam, result nya tak seperti yang dia jangkakan.mak nya bagitau dari semalam dia berkurung dalam bilik tak makan dan tak minum. hati ibu dia sedih sebab anak dia yang dulu periang & gembira terus jadi senyap sebab keputusan SPM tu, mak dia pun menangis sekali masa bercerita tu. erm.....macam lebih kurang sama ngn cerita aku dulu.
ok, aku amik STPM tahun 2006, aku ni antara pelajar harapan jugak lah, bila periksa tak pernah la markah yang menghampakan. kira macam boleh dan layak lah nak masuk U...
akan tetapi, bila result keluar tak seperti yang aku jangkakan, aku down, lemah, menggigil, sedih..terduduk aku kat dewan tu. badan aku lemah dan tak boleh nak cakap apa.
selepas tu, aku jadi seorang yang pendiam, sapa tanya result aku cakap cukup-cukup makan je, padahal rasa nak lempang laju2 orang yang bertanya tu. bayangkan aku pergi kerja air mata aku berjurai-jurai jatuh, aku dah musnahkan harapan mak abah untuk tengok aku masuk U. aku rasa hidup ni tak adil dan tak guna lagi dah.aku rasa aku yang paling malang dalam dunia ni, aku belajar, bukan tak belajar..tapi inilah yang dinamakan takdir.
bila aku duduk sendiri, aku fikir balik, sebenarnya Allah dah atur cantik-cantik kehidupan aku. masa aku tingkatan 4 aku ada bagitau kat mak abah yang lepas SPM aku nak kerja cepat-cepat, nak balas jasa mak abah, nak bagi dorang duit, nak beli kereta dan bawak mak abah jenjalan.
dan betul, seminggu lepas STPM aku ditawarkan kerja sebagai Pembantu tadbir sambilan di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban. 2 tahun selepas tu aku dapat kerja Tetap plak. aku mula beli kereta dan ada pendapatan sendiri, rupanya Allah tak bagi aku yang itu, dia bagi aku yang ini. Sebab tu, kita ni sentiasa berprasangka baik pada Allah..Allah lebih tahu dan perancangan Nya lebih hebat. Sekarang Alahmdulillah aku dapat realisasikan impian aku untuk bawak mak abah jenjalan dengan kereta yanga aku beli, dapat bagi mak abah duit..rupanya apa yang aku niatkan dulu Allah dah makbulkan tanpa kita sedar.
So, adik2 yang dapat result teruk tu, jangan rasa putus asa.. panjang lagi perjlanan untuk adik tempuh...bersabar dan berdoa pada Allah.
No comments:
Post a Comment