Wednesday, August 23, 2017

Ya Allah, seronoknya dapat blog balik

salam.....
 ok, rilex farina rilex.......kang dah free2 karang ko sambung la memblog, banyak oo benda nak tulis dalam setahun ni.....
harap tak ada yang tertinggal satu pun moment2 indah. ok sekaramg nak buat kerja dulu....

ok, sekarang nak list kan satu2 yang aku ingat.

  • awal tahun 2017 - im pregnant, yea!!!!!! 
  • raya
  • abah masuk wad
  • mental koyak
  • rezeki september
  • kawan baik pindah sekolah


Thursday, April 21, 2016

HIJRAH

Assalammualaikum...
  malam tadi tengok siaran al hijrah, sedikit ilmu yang aku dapat dari segmen tu.

- kasih sayang Allah melebihi dari kasih sayang ibu, Allah sangat berlembut dan kasih terhadap hambanya.
- carilah sahabat yanmg mengajak kita mengenali Allah dengan lebih dekat, dan janganlah cari sahabat yang mengajak kita untuk lebih mengenalai manusia.
-hidayah itu di beri pada insan yang betul2 mengingininya & yang mencarinya, jadi sejahat manapun kita, detik lah dalam hati bahawa kita ingin berubah.
- sebesar mana pun masalah yang menimpa kita, ingatlah, Allah itu lebih maha besar.

Thursday, March 3, 2016

putus asa

assalammualaikum...
pagi tadi dalam perjalanan ke opis, aku bukak lah radio Sinar Fm.
pagi ni jemputan dia imam muda ustaz ashraf. menitik air mata aku bila dengar panggilan dari seorang ibu, di cerita anak dia salah seorang pelajar harapan sekolah dan op kos lah harapan mak n ayah nya. tetapi bila dapat result semalam, result nya tak seperti yang dia jangkakan.mak nya bagitau dari semalam dia berkurung dalam bilik tak makan dan tak minum. hati ibu dia sedih sebab anak dia yang dulu periang & gembira terus jadi senyap sebab keputusan SPM tu, mak dia pun menangis sekali masa bercerita tu. erm.....macam lebih kurang sama ngn cerita aku dulu.

ok, aku amik STPM tahun 2006, aku ni antara pelajar harapan jugak lah, bila periksa tak pernah la markah yang menghampakan. kira macam boleh dan layak lah nak masuk U...
akan tetapi, bila result keluar tak seperti yang aku jangkakan, aku down, lemah, menggigil, sedih..terduduk aku kat dewan tu. badan aku lemah dan tak boleh nak cakap apa.
selepas tu, aku jadi seorang yang pendiam, sapa tanya result aku cakap cukup-cukup makan je, padahal rasa nak lempang laju2 orang yang bertanya tu. bayangkan aku pergi kerja air mata aku berjurai-jurai jatuh, aku dah musnahkan harapan mak abah untuk tengok aku masuk U. aku rasa hidup ni tak adil dan tak guna lagi dah.aku rasa aku yang paling malang dalam dunia ni, aku belajar, bukan tak belajar..tapi inilah yang dinamakan takdir.

bila aku duduk sendiri, aku fikir balik, sebenarnya Allah dah atur cantik-cantik kehidupan aku. masa aku tingkatan 4 aku ada bagitau kat mak abah yang lepas SPM aku nak kerja cepat-cepat, nak balas jasa mak abah, nak bagi dorang duit, nak beli kereta dan bawak mak abah jenjalan.
dan betul, seminggu lepas STPM aku ditawarkan kerja sebagai Pembantu tadbir sambilan di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban. 2 tahun selepas tu aku dapat kerja Tetap plak. aku mula beli kereta dan ada pendapatan sendiri, rupanya Allah tak bagi aku yang itu, dia bagi aku yang ini. Sebab tu, kita ni sentiasa berprasangka baik pada Allah..Allah lebih tahu dan perancangan Nya lebih hebat. Sekarang Alahmdulillah aku dapat realisasikan impian aku untuk bawak mak abah jenjalan dengan kereta yanga aku beli, dapat bagi mak abah duit..rupanya apa yang aku niatkan dulu Allah dah makbulkan tanpa kita sedar.

So, adik2 yang dapat result teruk tu, jangan rasa putus asa.. panjang lagi perjlanan untuk adik tempuh...bersabar dan berdoa pada Allah.

dah berhabuk blog ni ha

Assalammualaikum..

Dah lama tak update blog ni, dan hampir setahun aku berhijrah ke negeri melaka ni...
dah hampir setahun aku bersama suami dan masih berdua...

sebenarnya banyak benda aku nak tulis, tapi idea tu macam beku dan tepu je dalam otak ni..seolah2 tak nak keluar. hal kerja seperti biasa, cuma lebih banyak dari biasa sebab guru dan staf ramai.

hati ini masih kosong, sunyi, tersentuh, hiba, sedih......bukan apa, walaupun aku nampak gembira di luar, tapi hati ni sesekali terusik..aku masih menantikan kehadiran zuriat dalam keluarga kecil kami...hati siapa tak tersentuh apabila rakan-rakan yang seangkatan nikah dah ada berita baik & sedang mengusung perut.
gembira di hadapan mereka tapi bukan di hati ini, aku bukan iri hati atau cemburu, tapi percayalah..setiap wanita dalam dunia ni punyai perasaan yang sama..hati wanita memang akan tersentuh apabila diri tak sempurna seperti wanita lain.yang dapat mengandungkan dan melahirkan zuriat sendiri...
honestly, 2 kali aku menangis bila aku dapat khabar sahabat baik aku pregnant.
pertama aku sedih sebab, kami memang rapat, selalu cerita dan bertukar-tukar pandangan tentang cara nak hamil..tetapi dah nak masuk 3 bulan dorang pregnant, baru dorang bagitau aku..yelah, siap ada group wasap bagai...takkan tu pun nak berahsia.bagi aku la, kita ni sama-sama sedih masa belum ada rezeki tu, so bila dapat berita gembira tu mesti lah nak sama-sama gembira..ni pun aku dapat berita tu da lama dia pregnant.
aku faham, mungkin dia tak nak war-warkan sebab kandungan masih baru, tapi kita sahabat kan..tapi tak tahu lah, kalau aku je anggap dorang sahabat, tapi dorang tak, atau dorang tak nak bagitau takut aku kecil hati.tapi aku lbih kecil hati bila tahu lambat. habis tu, yang share- share tips semua tu apa, nampaknya aku je yang syok sendiri..padahal dorang dah berbahagia dengan zuriat dalam perut mereka...sungguh aku kecil hati.aku menangis..aku pujuk hati aku sendiri, tak pelah...mungkin dorang ada alasan mereka sendiri, aku kena hormat..lepas tu, aku dah tak join group wasap tu. bagi aku, lebih aku aku left dari aku menyakitkan hati aku sendiri.
percayalah, pasangan yang belum ada zuriat ni banyak dugaan nya, aku ada group semua wanita..dalam group tu semua cerita tentang anak masing2. anak dah pandai ni, dah pandai tu, bagi minum susu ni, susu tu, shopping baju baby.tapi aku nak cerita apa? pedih tapi aku belajar bersabar.
suamiku selalu bagi kata-kata semangat, dia cakap kita dah cukup bahagia sekarang, jadi jangan hancurkan kebahagiaan tu dengan fikir tentang benda yang tak pasti kita boleh dapat..anak tu dari Allah, kita dah banyak usaha dan selebihnya serah pada Allah.

Monday, March 23, 2015

posting..

assalammualaikum n hye...

arini result pertukaran di jangka keluar, tapi aku tunggu punya tunggu masih tak keluar lagi, main2 betul la org KPM ni kan...aku da berangan setinggi gunung dah ni, tak sabar nak tinggal berdua dengan hubby, lepas ni kalau ada rezeki ari2 la bergaduh, ari2 la dapat manja.hehhe.yang tak best nya plak ari2 aku kena bangun awal dari dia, sebab nya kami dah buat perjanjian hudaibiyah, hihi..bahawa kami akan melaksanakan langkah2 penjimatan dengan bawak bekal pergi opis.ha! bernas kan idea aku, dat y la aku kena bangun pepagi untuk masak, n my hubby pun setuju.

malam tadi dalam perjalanan nak balik, aku dengan hubby aku set time dari rumah ke sekolah yang bakal aku berkhidmat tu, tolak tambah bahagi darab masuk jem ade la dalam 30 minit, sekali ganda dari sekarang, tapi tak pa lah, aku dah bersedia pun..bersyukur sangat kalau dapat...

aku juga dari sekarang dah bersedia dari segi mental dan emosi jika ditakdirkan belum berjaya. aku percaya setiap apa yang berlaku terselindung hikmah nya.cuma kita aja yang tak nampak kan...aku ok je, dapat aku berbakti kepada mak abah aku, dapat jugak aku urut 2 kaki mak abah aku...mungkin orang yang berjaya tu dah lama dia tunggu untuk bertukar, yang paling kesian yang ada anak suami, terpaksa meninggalkan mereka demi tugas dan mencari sesuap rezeki.aku yang seminggu ni pun tinggalkan usaid tu dah naik sasau, apatah lagi la kalau yang anak kandung tu kan...walau pahit keputusan tu, aku terpaksa terima jugak, takkan aku nak nangis keluar air mata darah plak kot.aku harap sangat suami aku bersabar dalam hubungan jarak jauh ni...aku dah berdoa dan berusaha, selebihnya Allah saja yang menentukan nya.




SELAMAT HARI LAHIR ABAH...WE LOVE U.

Assalammualaikum...

ni nak bagi satu rahsia ni..jagan bagitau sesiapa tau especially abah aku, 28 march ni in syaa allah aku nak seprise kan besday dia...patutnya 15hb ari tu hari ahad, tapi biasalah kan, gaji gomen ni tengah2 bulan dah habis, pulak tu gaji awal masa CNW ari tu, aku harap abah tak kecik hati sebab aku tak buat besday dia tahun ni, tahun2 sebelum ni memang aku buat...

kek pun aku dah tempah, nanti dah siap aku publish ea tunjuk kat korang ( perasan macam la ade orang baca blog ko parina)..aku rancang nak belikan abah wallet, sebab aku tengok wallet dia tu dah nazak sangat dah, aku risau duit syiling dia tercicir...mak aku plak suruh aku belikan abah baju sebab banyak baju dia dah lusuh...in syaa allah ada rezeki aku akan belikan abah dua dua tu....

selain plan nak sambut besday abah ni, aku nak bagi abah surat cinta tau.aku nak tulis yang aku sayang sangat2 kat abah, aku nak ucap terima kasih banyak2 kat dia sebab jaga aku dengan baik, beri kasih sayang dengan cukup...memang kita tak terbalas jasa mereka ni, tapi aku akan buat apa yang termampu, azam aku, selagi tulang 4 kerat aku ni terdaya, selagi aku bernafas kat bumi ni, selama tu lah aku akan penuhi impian mereka, sayang dan jaga kebajikan kedua ibu bapa aku walau aku tak tinggal bersama mereka nanti,aku berharap Allah sentiasa mudahkan urusan aku kalau melibatkan mereka berdua... aku nak tulis surat tu sebab aku segan nak cakap depan....aku nak peluk cium abah, aku nak peluk abah kuat2...aku nak bagitahu satu dunia ni yang aku sayang kan abah sangat2.

abah lah hero pertama dalam hati aku, abah lah lelaki pertama yang aku nampak saat aku di lahirkan, (bukan doktor ea sbb aku lahir kat rumah)..abah la lelaki pertama yang berbual dengan aku...abah lah yang selalu penuhi permintaan aku, yang selalu menasihati aku..

abah, terima kasih atas jasa dan kasih sayang yang telah abah salurkan pada adik, tiada apa yang dapat adik balas untuk menggantikan semua tu, segala pengorbanan abah sejak adik kecil sampai dewasa akan adik ingat, abah banyak berkorban wang , masa dan tenaga masa adik sakit dulu, segala permintaan adik abah tunaikan...abah, adik nampak raut wajah abah sedih, suram & kecewa masa adik sakit tenat dulu...doktor sendiri bagitahu abah yang peluang untuk adik hidup nipis, tapi raut wajah abah nampak tabah dan redha...abah, setiap[ hari adik lawan penyakit adik tu, adik tak nak mati awal, mati masa muda & yang penting adik tak nak mak dan abah sedih, masih banyak yang perlu adik buat untuk balas jasa abah, adik belum puas nak menggembirakan abah...semua orang yang tengok keadaan adik masa tu sedih, semua orang cakap adik tak kan hidup lama..abah pun dah bersedia masa tu kan kalau apa2 terjadi pada adik, tapi abah...walaupun doktor bagitau peluang adik nipis, adik tetap tak percaya, walaupun adik sakit sangat, tapi adik masih boleh tersenyum, adik kuatkan semangat..depan mak dan abah adik tak tunjuk yang adik sakit, biarlah adik nangis malam2 untuk adik luahkan rasa sakit tu...adik tak sanggup tengok abah sedih terutama mak...abah ingat tak, tiap kali abah datang hospital..kita sama2 buat lawak kan, kita sama2 gelak..adik tahu bila abah tengok adik gembira barulah abah senang hati dan ada selera makan, mak yang bagitau..mak cakap kan, abah pagi2 dah bersiul pergi kerja, dah nyanyi2, dah nak makan...tu tanda nya hati abah senang tengok adik bertambah sihat kan...abah gembira, adik pun gembira...semua orang cakap adik boleh survive sebab semangat adik kuat...hari2 adik doa pada ALLah, YA ALLAH, KAU SMBUHKANLAH PENYAKIT AKU NI, KAU KURANGKANLAH RASA DERITA AKU NI..YA ALLAH, SELAMA INI AKU TELAH BERBAKTI KEPADA KEDUA IBU BAPAKU,MAKA, KAU TURUNKANLAH EHSAN MU KEPADA DIRIKU KERANA TELAH BERBUAT BAIK PADA KEDUA IBU BAPAKU...KAU PANJANGKANLAH UMURKU, KAU BERIKANLAH AKU PELUANG UNTUK HIDUP DAN BERBAKTI PADA DIRI MU DAN PADA KEDUA IBUBAPAKU...SESUNGGUHNYA ENGKAU MAHA PENGASIH DAN MAHA PENYANYANG..
adik masih ingat lagi doa ni lah yang adik baca abah, alhamdulillah..Allah makbulkan doa adik, doa abah mak dan semua orang....kalau boleh, adik sesekali tak nak lukakan hati abah dan buat abah risau dan sedih lgi...adik nak abah gembira je.adik harap abah gembira d hari abah di raikan kan nanti.

Wednesday, March 18, 2015

my munckin my soul

assalammualaikum n hye..

99% mengatakan this boy muka aku, tapi aku tak nampak pun mana yang sama nya...tak kisahlah sayang, janji baby mama ni sihat bijak n membesarkan bagaikan juara...




my baby muhammad usaid al fattah yang terlebih manja.....bucuk bacam cayang dedek mama ni...tengoklah tu pandai betul selfie...tekan camera pun pandai.
ha...ni lagi lah sama orang cakap, da serupa muka pakcu dia ni da ha...tembam nyer, bulat nyer...alahai anak....sume buntat2 ko dik....
dua dua comel cam POOH..love both of u till jannah....